
Polis rekod keterangan tiga pelajar bantu siasatan kes buli
SHAH ALAM, 22 Okt – Polis telah merekodkan keterangan tiga pelajar lelaki Tingkatan Satu bagi membantu siasatan kejadian buli melibatkan seorang pelajar lelaki di sebuah ladang kelapa sawit di Banting, dekat sini baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Kuala Langat Supt Ahmad Ridhwan Mohd Nor berkata pihaknya menerima satu laporan malam tadi daripada seorang suri rumah berusia 40 tahun menyatakan anak lelakinya yang berusia 13 tahun dibuli.
“Semasa kejadian, mangsa mengalami kecederaan ringan iaitu kesakitan pada pipi akibat dipukul.
“Punca kejadian dipercayai pelajar-pelajar berkenaan tidak berpuas hati dengan mangsa yang tidak hadir bertemu guru disiplin berikutan kegiatan mereka ponteng sekolah pada 12 Okt lepas,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Ahmad Ridhwan berkata kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan.
Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan berita yang tidak sahih mengenai kejadian yang boleh menggugat ketenteraman awam.
Semalam, tular menerusi media sosial, video berdurasi 55 saat memaparkan seorang pelajar menangis selepas ditampar dan ditendang beberapa kali oleh sekumpulan pelajar.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
POLIS MOHON BANTUAN KESAN LELAKI HILANG SEJAK 5 APRIL
KUALA LUMPUR 7 April - Polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan seorang lelaki berusia 44 tahun yang dilaporkan hilang...
WANITA WARGA EMAS RENTUNG, 16 RUMAH SETINGGAN MUSNAH DALAM KEBAKARAN DI BINTULU
BINTULU 7 April - Seorang wanita warga emas maut dalam kebakaran yang memusnahkan 16 rumah setinggan di tepi Sungai Plan,...
LELAKI DITAHAN, BANTU SIASATAN KES PUKUL JIRAN WARGA EMAS
AYER KEROH 7 April - Polis menahan seorang lelaki selepas didakwa bertindak memukul seorang warga emas yang juga jirannya dalam...
MBMB ANTARA 20 BANDAR PALING BAHAGIA 2025
BANDA HILIR 7 April - Sebanyak 200 belon diagihkan kepada orang ramai di perkarangan Jam Besar Banda Hilir sebagai simbolik...
PEMANDU LORI MAUT DIHEMPAP LORI TANAH 10 TAN DI ANTARA GAPI
KUALA LUMPUR 7 April - Seorang pemandu lori maut selepas dihempap lori 10 tan dalam kejadian di sebuah kawasan pembinaan...
346 KEMALANGAN DIREKODKAN SEPANJANG OP SELAMAT 24
AYER KEROH 7 April - Tiga kemalangan maut direkodkan sepanjang tempoh enam hari pelaksanaan Op Selamat 24 sempena Hari Raya...