
Polis rampas mercun lebih RM200,000 ditemukan dalam rumah kosong
BATU PAHAT, 20 Mac – Polis merampas pelbagai jenis mercun dan bunga api bernilai kira-kira RM212,000 yang ditemukan dalam 193 kotak di sebuah rumah kosong, di Taman Harmoni, Parit Sulong, dekat sini semalam.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat ACP Ismail Dollah berkata mercun dan bunga api itu ditemukan kira-kira pukul 12.10 malam di dalam rumah kosong tanpa bekalan air dan elektrik, dipercayai sebelum dipasarkan di pasaran tempatan.
Beliau berkata pihaknya sedang berusaha pemilik rumah berkenaan, dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenainya untuk tampil bagi membantu siasatan.
“Kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1967 yang memperuntukkan denda sehingga RM10,000 atau penjara boleh sampai tujuh tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat, hari ini.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
RAPATKAN JURANG DIGITAL PENDUDUK KAMPUNG
RIM 20 April - Pembinaan menara telekomunikasi baharu sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim akan merapatkan lagi jurang digital dan...
MPHTJ GEMPUR PENIAGA WARGA ASING
AYER KEROH 20 April - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya akan terus mempergiatkan operasi bagi membanteras peniaga warga asing yang...
LUAR BIASA MERIAH, LEBIH 50,000 BERAYA DENGAN KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Meriah dan luar biasa! Itu gambaran suasana Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka...
SITI NURHALIZA BAKAL ‘GEGAR’ RUMAH TERBUKA KETUA MENTERI MELAKA MALAM INI?
TANJUNG BIDARA 19 April - Penyanyi nombor satu negara, Dato' Sri Siti Nurhaliza dikatakan menjadi antara tetamu jemputan yang bakal...
KERAJAAN STABIL BAWA PULANGAN KEPADA RAKYAT
TANJUNG BIDARA 19 April - Kemeriahan suasana sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka di Villa d'Acqua Kampung Pulau,...
TPM HADIR RUMAH TERBUKA AIDILFITRI KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahir Hamidi hadir ke Majlis Rumah Terbuka...