
Polis rampas 243 kg daun ketum di Lebuhraya Kuala Lumpur – Karak
KUANTAN, 30 Nov – Polis menahan seorang lelaki warga tempatan dan merampas daun ketum dianggarkan seberat 243 kilogram (kg) menerusi serbuan ke atas sebuah kereta di Kilometer 63 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak di Bentong, awal pagi semalam.
Ketua Polis Daerah Bentong Supt Zaiham Mohd Kahar berkata kereta dipandu suspek berumur 44 tahun itu ditahan oleh anggota Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong pada 3 pagi, semasa membuat rondaan di lebuh raya itu.
“Siasatan awal mendapati suspek membeli daun ketum itu di Pendang, Kedah pada harga RM10 sekilogram bagi setiap bungkusan sebelum dijual kepada pembeli di Temerloh dengan harga RM17 sebungkus,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.
Zaiham berkata polis tidak menolak kemungkinan suspek juga pernah beberapa kali melakukan penghantaran daun ketum ke Pantai Timur sebelum dia ditangkap.
Suspek kini ditahan reman selama empat hari bermula semalam, bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum empat tahun atau denda tidak lebih RM10,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
WAJAH BAHARU IKAN BAKAR PUNGGOR @ ALAI
TELOK MAS 16 April - Kompleks Ikan Bakar Muara Punggor Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas yang diberikan wajah baharu...
MHISB RAI KAKITANGAN DAN AHLI LEMBAGA PENGARAH PADA JAMUAN AIDILFITRI
AYER KEROH 16 April - Melaka Hari Ini Sdn Bhd (MHISB) meraikan kakitangan dan Ahli Lembaga Pengarahnya pada Majlis Sambutan...
MBMB TAWAR 4 INSENTIF SEMPENA ULANG TAHUN KE-22
KLEBANG 16 April - Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) menawarkan empat insentif khas kepada pelanggan bersempena Hari Pengisytiharan Melaka Sebagai...
POLIS MELAKA BURU SINDIKET CURI 4X4
AYER KEROH 16 April - Polis Melaka kini giat memburu sindiket curi kenderaan pacuan empat roda yang semakin aktif melakukan...
MELAKA TUAN RUMAH KEJOHANAN MEMANAH TRADISIONAL KEBANGSAAN
TANJUNG BIDARA 16 April - Melaka sekali lagi dipilih sebagai lokasi penganjuran acara bertaraf nasional menerusi penganjuran kejohanan memanah tradisional...
MELAKA ‘HIDUPKAN’ KEMBALI SUKAN POLO AIR
PAYA RUMPUT 16 April - Melaka yakin akan kembali melakar kegemilangan menerusi sukan polo air pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA)...