Polis rampas 15,360 batang rokok seludup
AYER KEROH 9 Mac – Polis merampas 15,360 batang rokok seludup bernilai lebih RM20,000 selepas membuat serbuan di sebuah premis yang dijadikan stor di Durian Tunggal di sini semalam.
Serbuan hasil maklumat awam itu dilakukan sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Khas (D9), Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka jam 1 tengah hari.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri, Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman berkata, turut ditahan dalam serbuan itu adalah seorang lelaki berusia 24 tahun yang dipercayai penjaga stor berkenaan.
“Semakan dibuat didapati lelaki berasal dari Bakri, Muar itu tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau.
“Siasatan lanjut juga mendapati, 128 karton rokok pelbagai jenama dipercayai tanpa cukai yang dirampas itu adalah untuk pasaran kedai runcit di sekitar Durian Tunggal,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Tambahnya, berdasarkan penilaian pasaran semasa, nilai keseluruhan rampasan adalah kira-kira RM21,410 dan kess disiasat mengikut Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967.
Sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih lima tahun dan denda tidak lebih RM500,000 atau kedua-duanya sekali.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
TAMAN BANDARAYA BUKIT SERINDIT ‘BERMANDI’ CAHAYA
AYER KEROH 18 Disember - Taman Bandaraya Bukit Serindit bakal menjadi lokasi tarikan terbaharu apabila akan berlangsungnya pesta lampu LED...
BACA, HAYATI DAN AMALKAN ISI AL-QURAN
AYER KEROH 18 Disember - Al-Quran sebagai panduan kepada seluruh umat Islam yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW bukan sekadar...
LALUAN BERLIKU, PANORAMA MEMUKAU JADI TARIKAN RALLY OF ASAHAN
ASAHAN 18 Disember - Rally Of Asahan yang berlangsung Sabtu dan Ahad ini bukan sekadar sebuah perlumbaan kereta tetapi lebih...
SPRM REMAN WANITA BANTU SIASATAN KES RASUAH GELARAN DATUK SERI
MELAKA, 18 Dis - Seorang wanita berusia 46 tahun, yang juga pemilik syarikat swasta di Selangor, direman enam hari bermula...
PENIAGA PAKAIAN DIREMAN BANTU SIASATAN KES CABUL
AYER KEROH 18 Disember - Peniaga pakaian warga Kemboja ditahan polis selepas didakwa mencabul seorang wanita yang juga pelanggannya dalam...
KEMBIRI KUCING DI DEWAN BUKIT BERUANG PADA 27 DISEMBER INI
AYER KEROH 18 Disember - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) bakal menganjurkan Program Kembiri Kucing di Dewan Bukit Beruang...