Sorting by

×

POLIS RAKAM PERCAKAPAN PEMANDU LORI TANGKI TAYAR TERCABUT

Masa Membaca:1 Minit, 21 Saat

ALOR GAJAH 25 Disember – Polis telah merakam keterangan pemandu lori tangki yang terlibat dalam nahas ngeri mengorbankan tujuh individu termasuk lima sekeluarga di Kilometer 204 Lebuhraya Utara Selatan arah utara, di sini pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, pemandu berusia 31 tahun itu diambil keterangannya bagi membantu siasatan.

Katanya, siasatan itu bagi mengesan sekiranya berlaku kecuaian yang mengakibatkan tayar lori dipandunya tercabut di atas lebuh raya hingga dipercayai menjadi punca nahas ngeri itu berlaku.

“Ujian saringan terhadap pemandu berkenaan juga mendapati dia bebas dadah dan tiada pengaruh alkohol,” katanya ketika dihubungi di sini.

Menurut beliau, pihaknya juga dalam usaha mengesan rakaman papan pemuka yang memaparkan tayar di atas lebuh raya sebagaimana tular di media sosial.

“Kita mohon pemilik kenderaan yang merakamkan kejadian itu tampil untuk membantu siasatan,” katanya.

Mengulas lanjut, Ashari berkata kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan akan dirujuk kepada Pengarah Pendakwaan Negeri selepas kertas siasatan lengkap sepenuhya.

Beliau juga memohon semua pihak memberikan ruang dan masa kepada popis bagi menjalanian siasatan secara telus dan menyeluruh.

Semalam, media melaporkan bapa kepada pemandu kenderaan pelbagai guna (MPV), Toyota Estima yang maut, Datuk Mazupi Abdul Rahman menyerahkan kepada polis bagi menjalankan siasatan dan mengumpulkangan bukti kemalangan yang mengorbankan Allahyarham Khairul Ikhwan, menantu, cucu dan dua besannya.

Dalam nahas pada jam 8.45 malam Isnin lalu, tujuh maut manakala 33 yang lain cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah bas, dua buah lori dan dua buah kereta di kilometer 204 Lebuhraya Utara Selatan arah utara dari Ayer Keroh menghala ke Simpang Ampat, Melaka.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

418
Kongsi :
Previous post DUA BERADIK BELUM TAHU LIMA KELUARGA TELAH TIADA
Next post HARGA RUNCIT RON95, DIESEL KEKAL, HARGA RON97 NAIK TIGA SEN
Ubah saiz-+=