Sorting by

×

Polis putus sebahagian jari digigit penagih dadah

Masa Membaca:57 Saat

KUALA LUMPUR, 19 April – Seorang anggota polis putus sebahagian jarinya apabila digigit lelaki yang berada di bawah pengaruh dadah di hadapan pos pengawal Balai Polis Sungai Besi di sini, Isnin lepas.

Ketua Polis Daerah Cheras ACP Zam Halim Jamaluddin berkata dalam kejadian pada 10.15 malam itu suspek berusia 34 tahun datang ke balai polis berkenaan dan menjerit mahu menyimbah asid.

“Suspek kemudian bertindak agresif menyimbah air ke badan dan muka seorang daripada anggota polis yang bertugas di pos berkenaan sebelum meluru masuk ke dalam balai,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata lelaki terbabit turut membaling tin minuman sehingga dinding kaca pos berkenaan pecah.

Menurutnya, anggota polis berpangkat Koperal berusia 40 tahun itu bersama dua lagi anggota cuba menahan suspek yang kemudian bertindak menggigit jari manis di tangan kanan anggota polis tersebut sehingga putus di bahagian hujung.

Zam Halim berkata suspek kemudian berjaya ditahan dan ujian air kencing mendapati lelaki terbabit positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine.

Katanya, suspek yang direman sehingga Jumaat ini pernah mendapatkan rawatan psikatrik pada 2020 namun tidak memiliki sebarang kad rawatan mental.

— BERNAMA

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1848
Kongsi :
Previous post Dua beranak maut, enam cedera dalam kemalangan babit tiga kereta
Next post Solat sunat Aidilfitri: Pemakaian pelitup muka amat digalakkan
Ubah saiz-+=