Sorting by

×

Polis periksa kenderaan pulang beraya

Masa Membaca:1 Minit, 29 Saat

AYER KEROH 6 Mei – Kesesakan luar biasa lebih tiga kilometer kenderaan memasuki Melaka khususnya melalui Plaza Tol Ayer Keroh hari ini susulan pemeriksaan ketat sekatan jalan raya (SJR) polis untuk menghalang pergerakan rentas negeri menjelang Aidilfitri tidak lama lagi.

Pegawai Turus Ketenteraman Awam Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka, Deputi Superintendan Nik Ab Halim Nikmat berkata, turut menyumbang kepada pertambahan itu adalah apabila terdapat ibu bapa yang mahu mengambil anak-anak mereka pulang dari institusi pengajian tinggi (IPT) di negeri ini.

POLIS melakukan pemeriksaan di sekatan jalan raya untuk menghalang pergerakan rentas negeri menjelang Aidilfitri tidak lama lagi.

“Berlaku sedikit kesesakan hari ini kerana pihak polis mula mengetatkan pemeriksaan bagi menghalang kenderaan yang cuba merentas negeri bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri yang berbaki seminggu lagi.

“Terdapat juga ibu bapa yang mahu menjemput anak-anak mereka yang belajar di IPT negeri ini namun situasi di semua sembilan SJR negeri masih terkawal,” katanya ketika dihubungi Melaka Hari Ini di sini hari ini.

NIK Ab Halim (kanan) membuat lawatan persediaan SJR di Kampung Permatang Tulang, Sebatu, Jasin yang mula dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan selama 14 hari bermula 7 hingga 20 Mei 2021. Foto: MR. Azli

Menurutnya, empat lokasinya SJR yang ditambah berbanding lima SJR sedia adalah masing-masing dua di Alor Gajah dan Jasin khususnya di Sungai Rambai, bagi sempadan negeri Johor dan Pulau Sebang, bersempadan Negeri Sembilan.

“Fokus pemeriksaan kenderaan adalah mereka yang datang daripada negeri yang dikuatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan zon merah.

“Sehubungan itu, orang ramai dinasihati sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan arahan dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi menyekat penularan pandemik COVID-19,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

535
Kongsi :
Previous post 11 lelaki didakwa berurus niaga minyak masak tanpa lesen
Next post Impian kerja terhalang
Ubah saiz-+=