
Polis pantau rapi 12 ‘jalan tikus’ di Melaka
AYER KEROH 20 Jan. – Polis Melaka telah mengesan 12 ‘jalan tikus’ di negeri ini yang berpotensi menjadi laluan alternatif untuk merentas daerah dan negeri ini sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0.
Ketua Polis Melaka Datuk Abdul Majid Mohd Ali berkata, daripada jumlah itu lapan jalan tikus itu dikesan di Alor Gajah dan bakinya di Melaka Tengah dan Jasin.
Beliau berkata, pihaknya akan melaksanakan sekatan jalan raya (SJR) secara bergerak (mobile) di semua lokasi dikenal pasti bagi memutuskan sebarang cubaan pihak tidak bertanggungjawab untuk melanggar prosedur operasi standard (SOP) PKP 2.0.
“Di setiap jalan tikus ini kita tempatkan petugas untuk melaksanakan SJR selain pasukan pemantau membabitkan 289 petugas turut memainkan peranan untuk menghalang cubaan rentas negeri,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam majlis penyampaian sumbangan kit makanan di SJR Plaza Tol Ayer Keroh, hari ini.
Abdul Majid turut menegaskan pihaknya akan mengambil tindakan tegas kepada mereka yang cuba melanggar penguatkuasan SOP PKP.
“Saya beri peringatan tegas kepada mereka yang melakukan kesalahan rentas sempadan, polis tidak berkompromi dan akan ambil tindakan tegas,” ujarnya lagi.
HABIS-
Views:
Related


Berita Lain
GOLONGAN MEMERLUKAN PARLIMEN JASIN TERIMA SUMBANGAN RAMADAN
MERLIMAU 14 Mac - Golongan memerlukan terus mendapat perhatian apabila sumbangan berjumlah RM15,000 beserta kit Ramadan disalurkan kepada 150 penerima...
MASIH ADA YANG SAYANG ‘ANAK-ANAK SYURGA’
MACHAP JAYA 14 Mac - Wakil Rakyat dari lima Dewan Undangan Negeri (DUN) Parlimen Alor Gajah mencipta kelainan apabila memilih...
MAIM, PERKESO PERKUKUH SINERGI PASTIKAN SALURAN BANTUAN LEBIH EFEKTIF
AYER KEROH 14 Mac - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) memperkukuh kerjasama strategik melalui Program Social Synergy bagi memastikan bantuan...
‘ZARUL SOLO’ SAMUN KEDAI EMAS DITAHAN
MELAKA, 14 Mac - Polis menahan seorang penganggur digelar 'Zarul Solo' yang dipercayai terbabit dalam kes samun barang kemas melibatkan...
SANTUNI, CERIAKAN RAKYAT SETIAP KALI MUSIM PERAYAAN
LENDU 14 Mac - Menyantuni rakyat dalam kalangan golongan kurang berkemampuan khususnya setiap kali tiba musim perayaan sentiasa menjadi keutamaan...
KOMPAUN RM250, JIKA TIADA SUNTIKAN TIFOID – MBMB
AYER KEROH 14 Mac - Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) teragak-agak untuk mengeluarkan kompauan kepada mana-mana peniaga Pasar Ramadan dikesan...