Polis mohon bantuan kesan Akilashini, Ain Roshariza
KUALA LUMPUR, 14 Okt – Polis memohon bantuan orang ramai untuk mengesan dua remaja perempuan berusia 16 tahun yang dilaporkan hilang pada 2 dan 7 Okt lepas selepas keluar dari rumah masing-masing di Petaling Jaya dekat sini.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata N. Akilashini dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Desa Mentari, pada 8 malam 2 Okt lepas.
“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan Akilashini dimohon tampil ke balai polis berhampiran atau berhubung dengan Pegawai Penyiasat Insp R. Yugarajan di talian 014-3049419,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohamad Fakhrudin berkata seorang lagi remaja, Ain Roshariza Abdullah pula dilaporkan tidak pulang ke rumahnya di Kampung Lindungan selepas keluar kira-kira 12 tengah hari, 7 Okt lepas.
“Individu yang mempunyai maklumat mengenai Ain Roshariza diminta ke balai polis berhampiran atau berhubung dengan Pegawai Penyiasat Insp Lee Sheng Yew di talian 011-3532 7062 bagi membantu siasatan,” katanya.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
TIGA FOKUS UTAMA BAJET 2025 NEGERI MELAKA
AYER KEROH 25 Disember - Kerajaan Negeri akan memfokuskan kepada tiga agenda utama pada Bajet 2025 Negeri Melaka, kata Ketua...
MASYARAKAT DI HATI MPAG
ALOR GAJAH 25 Disember - Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) membuktikan komitmen dalam membangunkan daerah Alor Gajah ke arah bandar...
MELAKA MAHU PERKENAL LEBIH BANYAK TAPAK WARISAN BAHARU
BANDA HILIR 25 Disember - Beberapa lokasi yang mempunyai kesan tinggalan sejarah dan warisan akan diangkat dan bakal diperkenalkan bersempena...
‘FLYING SIKH’ MASIH BERBISA DI USIA 63 TAHUN
ASAHAN 25 Disember - Legenda rali negara Karamjit Singh sekali lagi melakar sejarah apabila berjaya merangkul kejuaraan Rally Of Asahan...
SYUKUR RAMAI YANG PRIHATIN
BEMBAN 25 Disember - Hanya rasa syukur dapat diungkapkan Nordin Abu Seman, 51, dan isteri Suzie Azita Md Zahid, 52,...
223 PESERTA MERIAHKAN BOLING DUN TANJUNG BIDARA
AYER KEROH 25 Disember - Kejohanan Boling Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara menyaksikan seramai 223 peserta terlibat dalam program...