Sorting by

×

Polis Melaka tutup SJR daerah mulai 12.01 tengah malam ini

Masa Membaca:1 Minit, 15 Saat

AYER KEROH 30 Sept – Polis Melaka akan menutup semua tujuh operasi sekatan jalan raya (SJR) daerah di negeri ini bermula 12.01 tengah malam ini.

Ketua Polis Melaka, Datuk Wira Abdul Majid Mohd Ali berkata, penutupan itu susulan peralihan Melaka ke Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara (PPN) bermula esok.

Selain itu, jelasnya, penutupan itu juga selari dengan hasrat kerajaan negeri untuk merancakkan sektor pelancongan negeri ini melalui kempen ‘Melakan Visit Melaka’ seperti diumumkan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali hari ini.

“Bagaimanapun, SJR di semua pintu masuk negeri masih kekal kerana Melaka masih menutup pintu masuknya kepada mana-mana pelancong dalam dan luar negeri seperti diumumkan sebelum ini.

“Sehubungan itu, Polis Melaka mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri dan orang ramai di atas kerjasama sepanjang SJR Fasa 1 dan 2 PPN sejak 1 Jun lalu sehingga berakhir tengah malam ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

KETUA Polis Melaka Datuk Wira Abdul Majid Mohd Ali.

Tujuh SJR daerah yang ditutup adalah di Pulau Sebang, Cherana Putih, Rumbia di Paya Rumput, Gapam, Sungai Rambai, Kesang dan Bemban di Tehel.

Ketua Menteri hari ini mengumumkan Melaka kekal tidak membenarkan kedatangan pelancong luar ke Melaka buat masa ini biarpun telah beralih kepada Fasa 3 PPN esok.

Keputusan itu sama seperti diumumkan sebelum ini yang mana sektor pelancongan hanya untuk rakyat di Melaka sahaja melalui kempen ‘Melakan Visit Melaka’

 

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

978
Kongsi :
Previous post Dua perahu nelayan dicuri di Telok Gong
Next post Lebih RM7.2 juta kompaun Fasa 1 dan 2 PPN
Ubah saiz-+=