
Polis Melaka rampas mercun bernilai lebih RM500,000
AYER KEROH 4 Feb – Polis Melaka merampas mercun pelbagai jenis bernilai lebih RM500,000 dan menahan lapan suspek termasuk seorang wanita warga Thailand dalam dua serbuan berasingan di Batu Berendam dan Ayer Keroh serta Jalan Tampin – Alor Gajah di sini, Isnin lalu.
Ketua Polis Melaka, Datuk Abdul Majid Mohd Ali berkata, dalam serbuan pertama pada jam 7.30 malam itu, lima lelaki berusia antara 25 hingga 27 tahun ditahan di sebuah rumah di Batu Berendam dan Ayer Keroh dan polis menemukan pelbagai jenis mercun bernilai RM150,000.
Katanya, dalam serbuan kedua kira-kira jam 6 pagi keesokan harinya, polis menahan tiga lagi suspek termasuk wanita warga Thailand berusia 29 tahun di sebuah premis di Jalan Tampin – Alor Gajah sebelum merampas mercun pelbagai jenis bernilai RM360,000.
“Kesemua suspek direman empat hari sehingga Sabtu ini untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka di sini, sebentar tadi
Berita lanjut menyusul
Views:
Related

Berita Lain
KONGSI REZEKI, SANTUNI 1,000 PENDUDUK AYER LIMAU
AYER LIMAU 17 Mac - Atas semangat mahu berkongsi rezeki pihak Japerun Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau melaksanakan Program...
50,000 DIJANGKA ‘SERBU’ SAMBUTAN HARI RAYA MADANI MELAKA, 5 APRIL DEPAN
KLEBANG 17 Mac - Melaka dipilih menjadi tuan rumah Sambutan Hari Raya Madani 2025 yang dijadual pada 5 April depan,...
BAZAR RAMADAN DI MELAKA ANTARA YANG TERBAIK DI MALAYSIA
KLEBANG 17 Mac - Tiga bazar Ramadan di Negeri Melaka berjaya menempatkan diri sebagai antara bazar terbaik di Malaysia oleh...
TENDER KONTRAK SEWAAN BLACK HAWK SEDANG DINILAI
DURIAN TUNGGAL 16 Mac - Kementerian Pertahanan (MINDEF) kini dalam peringkat penilaian sebelum memutuskan untuk membuka semula tender kontrak sewaan...
LELAKI HILANG TIGA HARI DITEMUKAN MAUT DALAM LONGKANG
IPOH 16 Mac - Seorang lelaki berumur 42 tahun yang dilaporkan hilang sejak tiga hari lepas ditemukan maut di dalam...
SUAMI ISTERI MAUT DALAM KEMALANGAN DI BATU PAHAT
BATU PAHAT 16 Mac - Pasangan suami isteri maut dalam kemalangan membabitkan dua buah kenderaan di Kilometer 128.3 Lebuhraya Utara...