
Polis Melaka mohon kerjasama kesan wanita OKU
AYER KEROH 6 Mei – Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka meminta bantuan orang ramai bagi mengesan lokasi seorang wanita yang dilaporkan hilang.
Menurut satu kenyataan dikeluarkan Polis Melaka, wanita berkenaan Chia Soon Peng, 46, disedari hilang daripada kediamannya di Taman Bunga Raya, Bukit Beruang, oleh suaminya pada jam 2 petang, 29 April lalu.
Wanita berkenaan yang mengalami masalah mental adalah pemegang kad orang kurang upaya (OKU) dengan ciri fizikal rambut hitam paras bahu, kulit cerah, badan kurus dan ketinggian anggaran 170 sentimeter.
“Kali terakhir wanita berkenaan dilihat memakai baju ‘t’ dan seluar pendek. Sejurus menyedari kehilangannya wanita itu suami Soon Peng menghubungi namun panggilan tidak berjawab.
“Lelaki berkenaan juga ada berhubung dengan keluarga dan rakan-rakan isterinya namun mereka juga tidak tahu lokasi Soon Peng berada,” katanya.
Difahamkan sebelum ini wanita berkenaan sudah beberapa kali hilang selepas keluar daripada rumah tanpa pengetahuan suaminya.
Orang ramai mempunyai maklumat berhubung Soon Peng diminta menghubungi talian 010-7773327 atau Balai Polis Ayer Keroh 06-2321222.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
JURUTERA RUGI LEBIH RM1.1 JUTA ANGKARA PELABURAN TIDAK WUJUD
KUANTAN 22 April - Seorang jurutera lelaki kerugian lebih RM1.1 juta selepas terperdaya pelaburan tidak wujud menerusi laman web, hujung...
SEMBILAN REMAJA LELAKI ANTARA 23 DITAHAN DALAM OPS MOTOSIKAL DI JOHOR
JOHOR BAHRU 22 April - Polis Johor menahan 23 lelaki warga tempatan termasuk sembilan remaja dalam OPS Motosikal, yang dijalankan...
PERKENAL MENARA TAMING SARI KEPADA DUNIA
BANDA HILIR 22 April - Pemilihan Melaka sebagai tuan rumah penganjuran Hari Pelancongan Sedunia 2025 (WTD 2025) dan Forum Pelancongan...
POLIS BURU LELAKI KES SAMUN RANTAI EMAS BERSENJATA PARANG
SHAH ALAM 22 April - Polis sedang menjejaki sekumpulan lelaki yang disyaki melakukan jenayah samun menggunakan parang di sebuah kedai...
‘PETTING ZOO’ KEMUDAHAN SUKAN LASAK BAKAL JADI TARIKAN BAHARU TETC
RIM 22 April - Kemudahan di Taman Extreme Tasik Chinchin (TETC) akan terus dinaik taraf bagi memastikan lokasi itu terus...
SUNGAI RAMBAI LOKASI PENGANJURAN FESTIVAL HELLO KOMODITI 2025
SUNGAI RAMBAI 22 April - Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai sekali lagi dipilih menjadi lokasi karnival peringkat kebangsaan menerusi...