Polis Melaka lupus dadah bernilai RM94,918

Masa Membaca:1 Minit, 7 Saat

AYER KEROH 22 Okt – Polis Melaka melupuskan pelbagai jenis dadah dianggarkan lebih RM94,000 yang dirampas sejak tahun 2005 hingga tahun ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) negeri, Superintendan Zulkiflee Rashid berkata, pelupusan berkenaan merupakan kali kedua dilakukan pada tahun ini.

Menurutnya, pelupusan dibuat mengikut pematuhan piawaian alam sekitar  di Ladang Tanah Merah A3 Division, Bukit Pelandok pada Rabu lalu.

“Pelupusan itu membabitkan 2,102 kertas siasatan bagi tahun 2005 hingga tahun dan semua kes tersebut sudah dijatuh hukum di mahkamah.

“Antara jenis dadah yang dilupuskan adalah heroin seberat 1.35 kilogram, kafein (4.65 kg), cannabis (1.09 kg), methamphetamine (1.27 kg) ketamin (0.45 kg) dan methadone (20 liter),” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Antara dadah yang disimpan dalam tong sebelum dilupuskan di Port Dickson, Negeri Sembilan, Rabu lalu

Mengulas lanjut beliau berkata, semua barang kes yang dilupuskan itu adalah barang kes yang telah selesai dianalisa oleh Jabatan Kimia dan selesai menjalani proses perundangan.

Dalam pada itu jelasnya, JSJN Melaka sentiasa komited untuk membanteras kegiatan penyalahgunaan dadah dan menyeru masyarakat khususnya rakyat di negeri menyalurkan maklumat mengenai perkara itu.

“Polis mengalu-alukan kerjasama masyarakat dalam menyalurkan maklumat berkaitan sebarang aktiviti pengedaran yang berlaku di sekeliling mereka,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

549
Kongsi :
Previous post PH fail saman pembubaran DUN Melaka
Next post PRN Melaka: BN lancar jentera 27 Okt
Ubah saiz-+=