
Polis Melaka laksana latih amal sempena PRU15, 25 hingga 27 Oktober ini
AYER KEROH 21 Oktober – Orang ramai dinasihatkan tidak panik dan gusar jika melihat pergerakan luar biasa yang dilakukan pihak polis di sekitar negeri ini sepanjang 25 hingga 27 Oktober ini.
Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah berkata, ia susulan pihaknya sedang melaksanakan latihan amal semperna Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang akan diadakan pada November depan.
Katanya, latih amal itu diadakan bertujuan menguji perancangan dan tindakan polis dalam menghadapi situasi yang mengancam keselamatan dan ketenteraman awam.
“Ia juga bertujuan memastikan keberkesanaan tindakan petugas Polis Diraja Malaysia (PDRM) Negeri Melaka dalam menghadapi situasi pilihan raya sebenar.
“Latih amal ini dirancang mirip kepada fasa-fasa dalam proses PRU iaitu hari penamaan calon, tempoh berkempen, hari mengundi awal, hari membuang undi dan pasca pilihanraya,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.
Untuk rekod, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan 19 November depan sebagai hari pengundian PRU15, manakala 5 November adalah hari penamaan calon dan 15 November dipilih bagi pengundian awal.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
AIDILFITRI: RAKYAT MELAKA DIGALAK DAFTAR APLIKASI ‘VSP’
AYER KEROH 12 Mac - Orang ramai khususnya penduduk di negeri ini disaran menggunakan aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) bagi...
MPJ KONGSI REZEKI RAMADAN
JASIN 12 Mac - Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) menyemarakkan bulan mulia ini dengan Program Kongsi Rezeki Ramadan 2025 berkonsepkan sumbangan...
MAIM ANJUR QIYAMUNNAHAR RAMADAN BERSAMA MUALAF
AYER KEROH 12 Mac - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menerusi Bahagian Balai Islam akan menganjurkan dua siri Program Qiyamunnahar...
KAUNTER ZAKAT FITRAH DALAM KOLEJ
JASIN 12 Mac - Kolej Komuniti Jasin (KKJS) mengambil langkah proaktif dengan menyediakan kaunter pungutan zakat fitrah di kolej berkenaan....
BOMBA MELAKA SASAR ‘RESPONSE TIME’ BAWAH 9 MINIT
JASIN 12 Mac - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Melaka komited meningkatkan mereka perkhidmatan terutamanya dalam memendekkan tempoh...
ASAM PEDAS TETEL PENGGANTI BUBUR LAMBUK
KLEBANG 12 Mac - Penduduk Kampung Balik Buloh, Klebang Besar memecahkan tradisi, apabila menjadikan asam pedas sebagai pengganti bubur lambuk...