Polis Melaka, KKM dan MKN bincang penguatkuasaan SOP bazar Ramadan, Aidilfitri

Masa Membaca:58 Saat

AYER KEROH 25 Mac – Penguatkuasaan aspek keselamatan dan prosedur operasi standard (SOP) di bazar Ramadan serta Aidilfitri akan dimuktamadkan selepas perbincangan diadakan bersama agensi berkaitan.

Pemangku Ketua Polis Melaka, Datuk Razali Abu Samah berkata, penempatan pegawai dan anggota di semua bazar Ramadan, akan diputuskan selepas perbincangan diadakan bersama Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) serta Majlis Keselamatan Negara (MKN) Melaka.

“Kami bersama JKN dan MKN akan duduk bersama-sama bagi mencari kata sepakat terhadap apa jua SOP yang diputuskan.

“Kesihatan rakyat diutamakan jadi penetapan SOP di bazar Ramadan adalah bagi mengelak daripada berlaku jangkitan COVID-19,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Sambutan Hari Peringatan Polis ke-215 di Padang Kawad, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka di sini, hari ini.

Pada 13 Feb lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan tiada sekatan dikenakan ke atas kegiatan ekonomi termasuk bazar Ramadan tahun ini.

Bagaimanapun, SOP mengenai pelaksanaan bazar itu akan diperhalusi diumumkan apabila sampai masanya nanti.

Pengumuman dibuat Ismail itu dibuat susulan peniaga bazar Ramadan melahirkan rasa bimbang tidak dibenarkan berniaga susulan peningkatan kes COVID-19 membabitkan virus Omicron sejak dua bulan lalu.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1067
Kongsi :
Previous post Jangan lalai meskipun SOP dilonggarkan – Razali
Next post Buka FoodBank DMDI di Kemboja bantu golongan memerlukan
Ubah saiz-+=