Sorting by

×

Polis Melaka kawal ketat ‘laluan tikus’

Masa Membaca:1 Minit, 8 Saat

AYER KEROH 28 April. – Polis Melaka mempertingkatkan kawalan di laluan tikus negeri ini yang disyaki digunakan oleh orang ramai untuk merentas negeri bagi menyambut perayaan Aidilfitri tidak lama lagi.

Ketua Polis Datuk Abdul Majid Mohd Ali berkata, pasukan pemantauan akan digerakkan secara mobile bermula seminggu sebelum perayaan Adilfitiri bagi menyekat pergerakan rentas negeri itu.

Katanya, pasukan itu juga akan digerakkan secara maksimum dari rumah ke rumah sepanjang sambutan Hari Raya bagi memastikan rakyat mematuhi prosedur operasi standard (SOP) perayaan.

“Bagi sekatan jalan raya (SJR), kita akan tambah empat lagi termasuk di Sungai Rambai dan Pulau Sebang menjadikan jumlah SJR sebanyak sembilan.

“Pada masa sama pasukan pemantau digerakkan secara mobile bagi memantau laluan tikus serta akan membuat rondaan ke kawasan perumahan.

“Semua SJR dan kumpulan pemantau itu membabitkan kira-kira 320 pegawai dan anggota,” katanya kepada pemberita selepas ditemui dalam Program Pengagihan Bubur Lambuk sempena Sambutan Hari Polis ke-214 di hadapan Pasar Raya Mydin di sini, hari ini.

Dalam program itu, 700 bungkusan bubur lambuk diagihkan kepada pengunjung pasar raya itu dan pengguna jalan raya di kawasan berhampiran.

Sementara itu, Abdul Majid berkata, pihaknya mengeluarkan lima kompaun kepada individu dan peniaga kerana melanggar SOP ditetapkan termasuk tidak memakai pelitup muka dan tidak menyediakan kod imbasan QR di premis.

“Kompaun itu dikenakan antara RM1,500 hingga RM20,000,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1058
Kongsi :
Previous post Bekas ketua kampung tipu sumbangan untuk bina surau didenda RM150,000
Next post Jenaka rogol: KPM lakukan siasatan mendalam- Radzi
Ubah saiz-+=