
Polis Melaka juga hebat tangkap ikan
BUKIT BERUANG 7 Januari – Bukan sahaja tangkas mencegah jenayah, anggota polis juga membuktikan mereka hebat memancing ikan.
Itu gambaran kemeriahan pertandingan memancing tertutup peringkat Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka, hari ini.
Pertandingan yang bermula dari jam 7.30 pagi hingga 12.30 tengah hari itu diadakan di di kolam ikan bersebelahan Lapang Sasar IPK Melaka.
Ia diadakan bertujuan memupuk minat dan semangat bertanding dalam kalangan anggota, disamping menyambut Tahun Baharu 2023 bersama warga Polis Kontinjen Melaka.
Program itu turut diserikan dengan kehadiran Ketua Polis Melaka Datuk Zainol Samah dan timbalannya Datuk Razali Abu Samah.

Dalam satu kenyataan di laman Facebook Polis Melaka, Zainol berharap program seumpama itu dapat dijadikan acara tahunan sebagai aktiviti riadah bersama warga IPK Melaka.
Di akhir pertandingan menyaksikan juara menjadi milik anggota yang berjaya menaikkan ikan haruan seberat 1.1 kilogram (kg), sekali gus membawa pulang hadiah berupa televisyen 65 inci.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MAPEX 2025 TAWAR RUMAH SERENDAH RM99,000 UNTUK ORANG MELAKA
AYER KEROH 17 April - Pelbagai jenis rumah dan hartanah pada harga serendah RM99,000 ditawarkan di Ekspo Perumahan dan Hartanah...
ZOO MELAKA SAMBUT KELAHIRAN HARIMAU KUMBANG JANTAN
AYER KEROH 17 April - Zoo Melaka menerima kehadiran 'ahli baharu' selepas seekor harimau kumbang jantan selamat dilahirkan, baru-baru ini....
92 MURID, PELAJAR BERENTAP PADA KEJOHANAN GOLF MSSNM
AYER KEROH 17 April - Seramai 92 peserta mewakili 41 buah sekolah rendah dan menengah berentap pada Kejohanan Golf Majlis...
HARGA TIKET ZOO MELAKA DITURUNKAN
AYER KEROH 17 April - Zoo Melaka menurunkan harga tiket ke taman haiwan itu sepanjang tahun ini. Yang Dipertua Majlis...
MENARA TAMING SARI KEKAL DINAMIK SELEPAS 17 TAHUN
BANDA HILIR 17 April - Selepas 17 tahun ditubuhkan reputasi Menara Taming Sari sebagai ikon pelancongan utama Melaka perlu dikekalkan...
TAMAN TEMA SALJI MERCU PELANCONGAN BAHARU MELAKA
AYER KEROH 17 April - Taman Tema Salji yang pertama di Malaysia kini beroperasi di Melaka, sekali gus menjadi satu...