
Polis Melaka buat 25 sekatan jalan raya sepanjang PKP 2.0
AYER KEROH 14 Jan. – Polis Kontinjen Melaka akan melaksanakan 25 sekatan jalan raya (SJR) sepanjang 14 hari penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan 2.0 (PKP 2.0) di Melaka bermula semalam hingga 26 Januari ini.
Ketua Polis Melaka, Datuk Abdul Majid Mohd Ali berkata, daripada jumlah tersebut 14 daripadanya adalah SJR tetap di sempadan antara negeri dan daerah manakala bakinya SJR secara bergerak (mobile).
Katanya, semua SJR yang dilaksanakan itu akan berkuatkuasa 24 jam setiap hari sehinggalah PKP 2.0 ditamatkan.
“Seramai 700 anggota merangkumi anggota polis dan tentera ditempatkan di kesemua SJR tersebut.
“Melalui SJR bergerak, kita akan memberi penekanan dalam mengawal ketat semua lorong tikus yang dikesan di setiap daerah bagi mengelak aktiviti rentas daerah dan negeri selain mengekang pergerakan keluar masuk pendatang asing tanpa izin.
“Selain itu 77 pasukan pematuhan dengan kekuatan 282 pegawai dan anggota akan digerakkan sepanjang tempoh dua minggu PKP ini,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka di sini, hari ini.
Views:
Related


Berita Lain
MAIM, PERKESO PERKUKUH SINERGI PASTIKAN SALURAN BANTUAN LEBIH EFEKTIF
AYER KEROH 14 Mac - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) memperkukuh kerjasama strategik melalui Program Social Synergy bagi memastikan bantuan...
SUNGAI LEREH TERCEMAR 11 KALI DALAM 3 BULAN
KLEBANG 14 Mac - Masalah pencemaran yang berlaku di Sungai Lereh perlu diatasi segera dengan penguatkuasaan undang-undang lebih ketat perlu...
‘ZARUL SOLO’ SAMUN KEDAI EMAS DITAHAN
MELAKA, 14 Mac - Polis menahan seorang penganggur digelar 'Zarul Solo' yang dipercayai terbabit dalam kes samun barang kemas melibatkan...
SANTUNI, CERIAKAN RAKYAT SETIAP KALI MUSIM PERAYAAN
LENDU 14 Mac - Menyantuni rakyat dalam kalangan golongan kurang berkemampuan khususnya setiap kali tiba musim perayaan sentiasa menjadi keutamaan...
KOMPAUN RM250, JIKA TIADA SUNTIKAN TIFOID – MBMB
AYER KEROH 14 Mac - Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) teragak-agak untuk mengeluarkan kompauan kepada mana-mana peniaga Pasar Ramadan dikesan...
SINAR AIDILFITRI BUAT 264 WARGA PAYA RUMPUT, SUNGAI UDANG
SUNGAI UDANG 14 Mac - Seramai 264 warga Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput dan Sungai Udang menerima sumbangan Aidilfitri...