
Polis lupus barang kes RM2.83 juta
Kesemua barang melibatkan 170 kertas siasatan yang telah selesai itu dirampas melalui Op Dadu, Op Kontraban dan Op Letrik.
Ketua Polis Daerah Kajang ACP Mohd Zaid Hassan berkata barang yang dilupuskan ialah 2,386 set komputer dan komputer riba hasil rampasan Op Dadu dengan jumlah nilai rampasan RM477,500 manakala Op Kontraban (rokok dan minuman keras tidak bercukai) melibatkan rampasan 12,121 tin minuman keras, 512 botol arak dan 15,556 karton rokok pelbagai jenama dengan nilai rampasan sebanyak RM1.6 juta.
“Kesemua barang kes termasuk rokok dan minuman keras tidak bercukai, mesin perjudian dan mesin bitcoin dilupuskan dengan cara musnah melalui kaedah e-sisa dan jualan sisa besi dan pepejal,” katanya ketika ditemui pada majlis pelupusan barang kes Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang di sini yang turut dihadiri Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Baharudin Mat Taib.
Beliau berkata pelupusan itu mendapat kelulusan Timbalan Pendakwa Raya serta kelulusan Mahkamah Kajang mengikut Seksyen 406 Kanun Prosedur Jenayah. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.