
Polis KL tingkatkan tahap keselamatan di Kedutaan Rusia
KUALA LUMPUR 25 Feb- Polis Kuala Lumpur mempertingkatkan tahap keselamatan di sekitar Kedutaan Rusia di Jalan Ampang, di sini susulan perkembangan krisis antara negara itu dengan Ukraine.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azmi Abu Kassim berkata pihaknya akan melakukan rondaan secara berkala selama 24 jam.
Beliau berkata ia adalah untuk memastikan tahap keselamatan dan ketenteraman awam di kedutaan sentiasa terkawal.
“Setakat hari ini, keadaan di kedutaan terkawal daripada sebarang kejadian tidak dingini,” katanya kepada Bernama hari ini.
Semalam, Presiden Rusia Vladimir Putin mengumumkan operasi tentera telah bermula di Ukraine dan mengarahkan tentera negara itu meletak senjata serta menyerah.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
SAMBUTAN MERIAH BAZAR AIDILFITRI MELAKA PETANDA EKONOMI BAIK
KLEBANG 17 Mac - Kehadiran ribuan pengunjung ke bazar Aidilfitri utama di negeri ini menunjukkan keadaan ekonomi rakyat Melaka berada...
KETUA MENTERI SINGGAH BAZAR RAMADAN ALOR GAJAH
ALOR GAJAH 17 Mac - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, sempat singgah untuk meninjau sendiri kemeriahan suasana...
ZIARAH KASIH DUN KESIDANG: ALLEX SAMPAIKAN BANTUAN AIDILFITRI
KESIDANG 17 Mac - Kunjungan peserta program Ziarah Kasih Dewan Undangan Negeri (DUN) Kesidang, mencetus keceriaan kepada lima penerima bantuan...
KEMBALIKAN NOSTALGIA MEMASAK BUBUR LAMBUK
TANJUNG BIDARA 17 Mac - Kehadiran Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh memeriahkan lagi suasana penganjuran Program Berlaga...
ANAK YATIM JENTIK HATI KENG CHIA PELUK ISLAM
KESIDANG 17 Mac - Keindahan cara kehidupan Islam yang tertib dan teratur diamalkan anak-anak yatim yang dijaganya 'menjentik' hati lelaki...
SWM KONGSI KEGEMBIRAAN RAMADAN
Oleh: Azwani Mohammad AYER KEROH 17 Mac - SWM Environment Sdn Bhd (SWM Environment) berkongsi kegembiraan dan keceriaan bersama golongan...