Polis kesan waris ‘ibu Yuni’

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

BANDA HILIR 15 Julai – Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah sedang mengesan ahli keluarga atau waris seorang wanita dipercayai warganegara Indonesia yang ditemui meninggal dunia dan mayatnya masih ditempatkan di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Melaka.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah berkata, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, wanita berkenaan ditemui tidak sedarkan diri dalam keadaan tertiarap oleh orang awam di kawasan parkir Jalan Murni 2, Taman Malim Jaya pada jam 8.18 pagi, 10 Julai lalu.

Menurutnya, wanita berkenaan dipercayai dikenali sebagai ibu Yuni berumur dalam lingkungan 40-an dengan susuk badan sederhana dan ketinggian 5 kaki 2 inci.

“Fizikal wanita berkenaan adalah muka berbentuk bulat, kulit sawo matang, bertudung hitam dan memakai pakaian kemeja t berwana biru dan hijau serta berseluar panjang warna gelap.

“Ahli keluarga, waris atau orang ramai yang mengenali mangsa boleg menghubungi pegawai penyiasat Asistan Superintenden Polis (ASP) Shukor Mohamed di talian 017-2126716.

“Maklumat juga boleh disalurkan melalui talian hotline Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah di talian 06-2841999,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Christopher, siasatan awal mendapati tidak terdapat unsur-unsur kejadian jenayah membabitkan kematian mangsa dan pihaknya masih menunggu laporan bedah siasat.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1411
Kongsi :
Previous post Bila Larut Malam jimat poket pelancong
Next post Ganjaran untuk atlet Melaka cemerlang di Sukma Sarawak
Ubah saiz-+=