Polis kesan wanita masuk kawasan PKPD
Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Anuar Omar berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu selepas sebuah video insiden itu yang dirakam orang awam tular di media sosial.
“Hasil siasatan mendapati wanita yang memakai baju gelap dan seluar putih itu memasuki kawasan berkenaan untuk melawat neneknya.
“Usaha untuk mengesan wanita yang dipercayai tinggal di Puchong sedang giat dilakukan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata saksi awam yang memuat naik video itu di media sosial mengaku merakam video insiden berkenaan berdurasi 30 saat petang semalam.
Kes disiasat mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan iaitu perbuatan cuai yang mungkin merebakkan jangkitan apa- apa penyakit yang berbahaya kepada nyawa dan jika sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman penjara enam bulan atau denda atau kedua-duanya sekali.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
MOTAC SIASAT SYARIKAT PELANCONGAN GAGAL TERBANGKAN JEMAAH UMRAH
PUTRAJAYA, 15 Jan - Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) sedang menjalankan siasatan terhadap sebuah syarikat pelancongan berlesen yang didakwa...
TIGA MAUT KEMALANGAN EMPAT KENDERAAN DI LEBUHRAYA PLUS DI REMBAU
REMBAU, 15 Jan - Tiga maut dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Kilometer 226.5 Lebuhraya PLUS Senawang-Ayer Keroh arah utara,...
W.R.U.R BANTU CEPATKAN SELESAI MASALAH PENDUDUK
KUALA LINGGI 15 Januari - Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (W.R.U.R) menunjukkan keberkesanan apabila mampu menyelesaikan permasalahan dihadapi oleh rakyat....
PRODUK MAKANAN SEJUK BEKU DARI KUALA LINGGI SEMAKIN LARIS
KUALA LINGGI 15 Januari - Kesungguhan seorang suri rumah Siti Fuatdatul Nor Yusuff yang mahu meningkatkan taraf hidup keluarganya menerusi...
NASIB NELAYAN MELAKA TERUS TERBELA
AYER LIMAU 15 Januari - Nelayan di negeri ini bersyukur kerana Kerajaan Negeri tidak pernah meminggirkan nasib mereka untuk meningkatkan...
UTEM TERUS PRIHATIN BANTU KEBAJIKAN MANGSA BANJIR DI KELANTAN
DURIAN TUNGGAL 15 Januari - Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) meneruskan keprihatinan bagi membantu masyarakat terutama keluarga pelajar yang terkesan...