Polis kesan satu kes khianat campak bendera parti

Masa Membaca:54 Saat

AYER KEROH 8 November – Polis Melaka membuka satu kertas siasatan membabitkan perbuatan khianat terhadap kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Ketua Polis negeri, Datuk Zainol Samah berkata, sepanjang kempen tiga hari bermula Sabtu lalu, pihaknya mengesan aktiviti khianat berlaku di daerah Melaka Tengah.

Katanya, pihak polis mendapati terdapat pihak tidak bertanggungjawab mencabut bendera parti dan mencampakkannya di atas jalan raya.

“Berikutan itu, kes itu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

“Bagaimanapun setakat ini, tiada tangkapan dilakukan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau turut mengingatkan parti politik yang bertanding supaya tidak menimbulkan sebarang provokasi sepanjang tempoh berkempen.

“Semua parti politik juga perlu memastikan bahan kempen yang dipasang seperti bendera dan poster tidak menganggug pandangan pengguna jalan raya serta tidak membahayakan keselamatan orang ramai,” katanya.

Dalam pada itu Zainol setakat ini pihaknya meluluskan 46 permit membabitkan aktiviti ceramah bermula Sabtu hingga semalam yang diadakan di sekitar negeri.

Katanya, semua parti bertanding dinasihatkan untuk mengemukakan permohonan permit ceramah ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) berhampiran bagi memudahkan urusan permit.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1882
Kongsi :
Previous post Aku janji Ban Hong fokus masyarakat setempat dan anak muda
Next post Anggota polis maut kemalangan di Jambatan Pulau Pinang
Ubah saiz-+=