
Polis kesan remaja perempuan hilang dari rumah
JASIN 5 September – Polis mengesan seorang remaja perempuan yang dilaporkan hilang dari rumahnya pada pagi Ahad.
Ketua Polis Daerah Jasin Deputi Superintendan Ahmad Jamil Radzi berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian orang hilang kira-kira jam 10.32 pagi, semalam.
“Daripada laporan dibuat remaja berusia 14 tahun terbabit yang masih bersekolah disedari hilang oleh keluarganya kira-kira jam 6 pagi Ahad.
“Daripada maklumat awal diterima remaja itu difahamkan ada meninggalkan nota memaklumkan keluar rumah untuk tenangkan diri.
“Malah siasatan awal dijalankan mendapati remaja terbabit disyaki keluar rumah mengikut teman lelaki dianggarkan berusia belasan tahun namun tidak dikenali keluarganya,” katanya.
Menurutnya, siasatan lanjut berhubung kehilangan remaja itu masih dalam siasatan dan usaha mencarinya giat dijalankan.
“Pegawai penyiasat juga sudah ke sekolahnya bagi mendapatkan maklumat dan siasatan masih diteruskan.
“Justeru orang ramai yang ada maklumat atau terjumpa dengan remaja perempuan terbabit boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat Sarjan Muhammad Fadzlan Fitri Mis di talian 018-3511594 atau menghubungi mana-mana balai polis berdekatan,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
MASIH ADA YANG SAYANG ‘ANAK-ANAK SYURGA’
MACHAP JAYA 14 Mac - Wakil Rakyat dari lima Dewan Undangan Negeri (DUN) Parlimen Alor Gajah mencipta kelainan apabila memilih...
MAIM, PERKESO PERKUKUH SINERGI PASTIKAN SALURAN BANTUAN LEBIH EFEKTIF
AYER KEROH 14 Mac - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) memperkukuh kerjasama strategik melalui Program Social Synergy bagi memastikan bantuan...
‘ZARUL SOLO’ SAMUN KEDAI EMAS DITAHAN
MELAKA, 14 Mac - Polis menahan seorang penganggur digelar 'Zarul Solo' yang dipercayai terbabit dalam kes samun barang kemas melibatkan...
SANTUNI, CERIAKAN RAKYAT SETIAP KALI MUSIM PERAYAAN
LENDU 14 Mac - Menyantuni rakyat dalam kalangan golongan kurang berkemampuan khususnya setiap kali tiba musim perayaan sentiasa menjadi keutamaan...
KOMPAUN RM250, JIKA TIADA SUNTIKAN TIFOID – MBMB
AYER KEROH 14 Mac - Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) teragak-agak untuk mengeluarkan kompauan kepada mana-mana peniaga Pasar Ramadan dikesan...
SINAR AIDILFITRI BUAT 264 WARGA PAYA RUMPUT, SUNGAI UDANG
SUNGAI UDANG 14 Mac - Seramai 264 warga Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput dan Sungai Udang menerima sumbangan Aidilfitri...