
Polis kesan pesakit COVID-19 lari dari Hospital Tampin
TAMPIN 31 Dis – Polis sedang mengesan seorang pesakit COVID-19 yang melarikan diri dari Hospital Tampin sejak pagi semalam.
Ketua Polis Daerah Tampin Supt Anuwal Ab Wahab berkata lelaki berusia 33 tahun yang beralamat terakhir di Petaling Jaya, Selangor itu dikesan tiada di katil hospitalnya pada 11.45 pagi.
“Kali terakhir dilihat lelaki itu memakai kemeja TĀ gelap warna hijau dan seluar jeans warna biru. Usaha mengesan pesakit COVID-19 itu kini giat dijalankan,” katanya ketika dihubungi Bernama di siniĀ hari ini.
Beliau berkata pesakit berkenaan juga bekas banduan Penjara Jelebu dan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai lelaki tersebut boleh hubungi balai polis berhampiran atau Kementerian Kesihatan. – BERNAMA
Views:
Related

Berita Lain
19 PELAJAR KOLEJ KOMUNITI KOTA MELAKA PAMER KEMAHIRAN DANDAN RAMBUT
BANDA HILIR 21 April - Seramai 19 pelajar Diploma Dandanan Rambut Kolej Komuniti Kota Melaka mempamerkan kemahiran dandanan rambut, solekan...
POLIS MELAKA KOMITED BANTERAS SINDIKET MINTA SEDEKAH, JUAL KEREPEK
AYER KEROH 21 April - Polis Melaka komited membanteras sindiket meminta sedekah dan menjual kerepek khususnya di kaki lima bank...
JALAN BAHARU TAMBAK PAYA KE LEBUH AMJ STRATEGI PENYURAIAN TRAFIK
AYER MOLEK 21 April - Jalan pintas baharu dianggarkan sejauh tiga kilometer (km) menghubungkan Tambak Paya dan Lebuh Alor Gajah-Melaka...
MELAKA REKOD 666 KES PENIPUAN DALAM TALIAN, KERUGIAN RM19.52 JUTA
REMBIA 21 April - Melaka merekodkan kerugian berjumlah RM19.52 juta yang melibatkan 666 kes penipuan dalam talian bagi tempoh 1...
AMENG SPRING BAKAL MERIAHKAN RUMAH TERBUKA AIDILFITRI DUN TABOH NANING
TABOH NANING 22 April - Penyanyi lelaki popular, Ameng Spring bakal memeriahkan lagi sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri...
DUA BERADIK MAUT DIPERCAYAI LANGGAR LAMPU ISYARAT
JOHOR BAHRU 21 April - Dua beradik maut dalam kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Estima...