
Polis kesan pemandu, penumpang kemalangan di Stadium Hang Jebat
PAYA RUMPUT 18 Jan – Sebuah Proton Iswara Aeroback terbabit kemalangan dengan Perodua Viva di persimpangan lampu isyarat Stadium Hang Jebat, lewat petang semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, Proton Iswara Aeroback berkenaan dipercayai dinaiki tiga lelaki cuba meloloskan diri selepas dikejar Unit Kereta Peronda Polis (MPV).
Pemandu dan dua penumpang Proton Iswara Aeroback berkenaan melarikan diri sejurus kemalangan manakala pemandu Perodua Viva dipercayai seorang wanita dilaporkan cedera ringan dikejarkan ke Hospital Melaka (HM).
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit, ketika dihubungi memaklumkan usaha mengesan pemandu dan dua penumpang Proton Iswara Aeroback berkenaan sedang dijalankan.
Sementara itu tinjauan Melaka Hari Ini (MHI) mendapati Unit Anjing Pengesan (K9) dan Unit Forensik turut berada di lokasi kemalangan.

Setakat jam 11 malam tadi, Proton Iswara Aeroback berkenaan belum dialihkan dari lokasi kemalangan.
Pegawai dan anggota polis juga masih berada di lokasi kemalangan untuk menjalankan siasatan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
4 STRATEGI PACU MELAKA JADI NEGERI CONTOH
SERI NEGERI 29 April - Kerajaan Negeri menggariskan empat strategi dalam memacu Melaka terus ke hadapan dan menjadi negeri contoh...
4,000 LAMPU SOLAR BAKAL TERANGI MELAKA
SERI NEGERI 29 April - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluluskan peruntukan berjumlah RM4 juta bagi pemasangan 4,000 unit...
PEMERKASAAN EKONOMI, KESEJAHTERAAN RAKYAT TUMPUAN SIDANG DUN MELAKA
SERI NEGERI 29 April - Persidangan Pertama Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Melaka Yang Kelima Belas yang berlangsung 25, 28...
SISTEM MAKLUMAT HOSPITAL MELAKA DINAIK TARAF
SERI NEGERI 29 April - Sistem Maklumat Hospital (HIS) yang terletak bersebelahan projek pembinaan Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Melaka di...
DUA JAJARAN JALAN RAYA BAHARU DIRANCANG MPAG DI DURIAN TUNGGAL
SERI NEGERI 29 April - Dua jajaran jalan baharu dicadangkan untuk dibina dalam kawasan Durian Tunggal menerusi Rancangan Tempatan Majlis...
PESAWAH MELAKA DAPAT BENIH PADI BERKUALITI HARGA MURAH
SERI NEGERI 29 April - Inisiatif Kerajaan Negeri membangunkan ladang benih padi di Sawah Tengah Padang, Merlimau terbukti berjaya membawa...