
Polis kesan lelaki hilang sejak sembilan hari lepas
Ketua Polis Daerah Rembau DSP Shaik Abd Kadar Shaik Mohamed berkata pihaknya menerima laporan kehilangan Mohd Ridzlan Ahmad, 43, yang juga bapa kepada tiga anak itu daripada isterinya pada 16 Ogos lepas.
“Isterinya memaklumkan kali terakhir melihat suaminya selepas menghantar lelaki itu ke Hentian Bas Rembau untuk menemani rakannya ke Kelantan pada 12 Ogos lepas dan dia gagal dihubungi selepas itu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata lelaki tersebut mempunyai ketinggian 160 sentimeter, berambut pendek dan kemas berwarna hitam serta berkulit cerah selain turut mempunyai penyakit kulit vitiligo.
Justeru, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai keberadaan Mohd Ridzlan atau berkaitan dengan Orang Hilang (OH) supaya menyalurkannya ke balai polis berhampiran atau menghubungi pegawai penyiasat kes SM Saawal Alias di talian 013-6077326. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
BOMBA SELAMAT DUA BERADIK TERKUNCI DALAM KERETA
MERLIMAU 19 Mac - Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Merlimau berjaya menyelamatkan dua beradik yang terkunci di...
MPJ PRIHATIN, SANTUNI PESARA MENJELANG AIDILFITRI
JASIN 19 Mac - Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) menzahirkan keprihatinan terhadap bekas kakitangannya menerusi program MPJ Santuni Pesara menjelang musim...
PINTU MASUK AYER KEROH ‘BERCAHAYA’ SAMBUT KEPULANGAN ANAK RANTAU
AYER KEROH 19 Mac - Pintu masuk Ayer Keroh akan dihiasi dengan pelbagai lampu berwarna-warni bagi menyambut kepulangan anak rantau...
KEMBARA RAMADAN KAK SOM SANTUNI WANITA
PENGKALAN BATU 19 Mac - Sempena bulan Ramadan yang penuh keberkatan, Wanita Hang Tuah Jaya telah menganjurkan Kembara Ramadan 2025...
OP BERSEPADU MBMB: 357 PREMIS DIPERIKSA, ENAM DISITA
PENGKALAN BATU 19 Mac - Sebanyak 357 premis diperiksa dalam operasi penguatkuasaan bersepadu dijalankan di Pasar Besar MBMB Bachang, 13...
49 MUALAF MELAKA KHATAM AL-QURAN DI BULAN RAMADAN
BANDARAYA MELAKA 19 Mac - Seramai 49 mualaf si bawah Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) berjaya khatam al-Quran dalam bulan...