Polis kesan anggota tentera hilang sejak Jun lalu

Masa Membaca:59 Saat

SUNGAI UDANG 1 Ogos – Polis mengesan anggota tentera yang dipercayai gagal dikesan selepas keluar dari kediaman keluarga di Tanjung Kling, dekat sini 24 Jun lalu.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata pihaknya menerima panggilan daripada seorang lelaki dipercayai kepada anggota tentera berkenaan yang memaklumkan anak lelakinya berusia 21 tahun keluar daripada rumah pada jam 8.10 malam.

Katanya, anak lelakinya yang bernama Muhammad Fakhrullah Nazri keluar dari rumah itu untuk melapor diri bertugas kerja di Kem Terendak selepas tamat bercuti.

“Menurut pengadu, anak lelakinya yang sudah dua tahun berkhidmat sebagai anggota tentera bagaimanapun didapati tidak hadir bertugas.

“Ketika kejadian, anak lelakinya memakai kemeja-T berkolar berwarna biru berseluar coklat serta memakai kasut sukan dan menaiki motosikal jenis Yamaha 135LC berwarna hijau.

“Lelaki tersebut berambut pendek dan mempunyai kulit hitam manis serta berketinggian lebih kurang 172 sentimeter,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

“Susulan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan lelaki terbabit diminta tampil menyalurkan maklumat kepada pegawai penyiasat Sarjan Mejar Zulkeple Berahim di talian 010-505 2368.

“Maklumat juga boleh disalurkan di Balai Polis Tanjung Kling di talian 06- 351 1222,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

432
Kongsi :
Previous post Produk usahawan kecil antara tarikan Festival D’Bendang Melaka 2024
Next post Ekspo IITTE 2024 himpun produk 20 negara Islam
Ubah saiz-+=