
Polis Kelantan tahan pemuda hina Islam di Facebook
KOTA BHARU, 18 Julai – Polis Kelantan menahan seorang lelaki Melayu berusia 35 tahun yang dipercayai menghina agama Islam dan Nabi Muhammad SAW menerusi satu hantaran video di media sosial Facebook, hari ini.
Pemangku Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata pihaknya telah melakukan serbuan di Kampung Bagan Chekok, Pulai Chondong, Machang pada pukul 11.30 pagi tadi sejurus menerima laporan berkaitan perbuatan lelaki itu yang menghina agama Islam menerusi akaun Facebook Saidinar Dina (Bos Dina).
“Hasil serbuan, polis telah menangkap individu berkenaan yang merupakan suspek dalam video yang ditularkan itu dan suspek mengaku memuat naik video berdurasi empat minit 14 saat itu.
“Suspek yang ditahan itu tidak bekerja dan hasil ujian saringan air kencing dijalankan didapati positif dadah jenis methamphetamine,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 298 dan 505 (b) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia dan juga Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1995.
Permohonan reman terhadap suspek akan dilakukan esok, katanya. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
346 KEMALANGAN DIREKODKAN SEPANJANG OP SELAMAT 24
AYER KEROH 7 April - Tiga kemalangan maut direkodkan sepanjang tempoh enam hari pelaksanaan Op Selamat 24 sempena Hari Raya...
REMAJA OKU HILANG DITEMUI DI SUNGAI PETANI
AYER KEROH 7 April - Remaja perempuan yang juga orang kurang upaya (OKU) dilaporkan hilang di Taman Rambai Idaman, di...
FRANCISSCA PETER BAKAL MERIAHKAN RUMAH TERBUKA DUN TABOH NANING
TABOH NANING 7 April - Penyanyi popular era 1980-an, Datuk Francissca Peter, bakal memeriahkan sambutan Rumah Terbuka Dewan Undangan Negeri...
SIDANG DUN MELAKA PENGGAL KEEMPAT PADA 25, 28 DAN 29 APRIL INI
KUALA LINGGI 7 April - Persidangan Pertama Penggal Keempat, Dewan Undangan Negeri Melaka Yang Kelima Belas akan diadakan pada 25,...
TAMBAKAN LAUT ATASI HAKISAN PANTAI TELOK GONG
KUALA LINGGI 7 April - Projek tambakan laut bagi mengatasi masalah hakisan berlaku di Pantai Telok Gong di Dewan Undangan...
JALAN PINTAS BAHARU DUN RIM JIMATKAN 15 MINIT MASA PERJALANAN
RIM 7 April - Penduduk sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim, Asahan dan Nyalas bakal menikmati satu lagi kemudahan hasil...