
POLIS JEMPOL MINTA BANTUAN KESAN WARGA EMAS HILANG HAMPIR TIGA BULAN LEPAS
SEREMBAN 7 Januari – Polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan seorang lelaki warga emas yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Felda Lui Timur, Jempol sejak 10 Okt lepas.
Ketua Polis Daerah JempolĀ Supt Hoo Chang Hook berkata pihaknya menerima laporan mengenai kehilangan Tāng Kwi Soon @ Abdul Rahim Abdullah, 80, daripada adikĀ iparnya yang juga penerokaĀ berusia 65 tahunĀ pada 9.54 pagi, 18 Okt lepas.
āOrang Hilang (OH) dianggarkan berketinggian 165 sentimeter, berbadan sederhana, berkulitĀ putih, berambutĀ hitam pendek dan pakaian terakhirnya sebelum hilang adalah berkemeja lengan panjang sertaĀ berseluar panjang warna krim.
āOH yang tidak bekerja ituĀ sebelum ini dilaporkan pernah hilang tetapiĀ kembali semula ke rumah,ā katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai warga emas itu diminta menghubungi Balai Polis Sungai Lui di talian 06-4692222. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.