Polis Dungun kesan individu pandu kereta lawan arus
KUALA TERENGGANU, 16 April – Polis sedang mengesan seorang individu memandu sebuah kereta berwarna kelabu secara melawan arus di jalan utama Kuala Terengganu-Kuantan dekat Dungun seperti dalam video yang tular di sosial media sejak semalam.
Ketua Polis Daerah Dungun Superintendan Baharudin Abdullah berkata lokasi kereta dalam video tersebut dikesan berlaku antara jalan dari Kampung Kuala Abang ke persimpangan Tanjung Jara.
“Kita telah menghubungi individu yang memuat naik video ini di Facebook untuk mendapatkan maklumat lanjut kerana perbuatan ini sangat berbahaya kepada pengguna jalan raya yang lain.
“Diharap agar orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini tampil untuk membantu siasatan polis,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Melalui video berdurasi 27 saat itu, kelihatan sebuah kereta berwarna kelabu dipandu secara berbahaya melawan arus di jalan tersebut.
Baharuddin berkata model dan nombor pendaftaran kereta tersebut masih belum dapat dikenal pasti namun berdasarkan pemantauan awal di Facebook, kejadian dipercayai berlaku pada 7 pagi semalam.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
RV PARK BUKIT SERINDIT PENUHI KEPERLUAN ASAS PEMINAT KARAVAN
DUYONG 18 Januari - Recreational Vehicle (RV) Park Stadium Tun Fatimah, Bukit Serindit memenuhi keperluan asas peminat karavan di Malaysia...
LUBUK KERIANGAN KAKI PANCING ADA DI KUALA LINGGI
KUALA LINGGI 17 Januari - Kuala Linggi yang terletak di kawasan paling utara Negeri Melaka tersimpan pelbagai khazanah pelancongan yang...
LADANG NANAS PREMIUM KUALA LINGGI
KUALA LINGGI 17 Januari - Berkonsep mendidik pengunjung mengenai pertanian nanas, Ladang Nanas Fionanas, Nusa Dusun di sini, antara lokasi...
ANAK ASAHAN ‘MASUK JAWI’ DAPAT SIJIL
ASAHAN 19 Januari - Seramai 108 anak-anak Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan diberikan sijil penyertaan masuk jawi pada Program Khatan...
PERCUBAAN SEBULAN ‘NO RIGHT TURN’ DI JALAN SYED ABDUL AZIZ
DUYONG 19 Januari - Tempoh percubaan penyuraian trafik bagi mengatasi kesesakan lalu lintas di Jalan Syed Abdul Aziz dan Persimpangan...
‘NADI’ KUALA LINGGI SIAP FEBRUARI INI
KUALA LINGGI 19 Januari - Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi bakal menerima satu Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI)...