
Polis direman bagi bantu siasatan rasuah
AYER KEROH 12 Ogos – Tiga anggota polis termasuk seorang Ketua Balai direman empat hari oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh,di sini, hari ini, bagi membantu siasatan membabitkan kes rasuah berjumlah RM6,000.
Perintah reman yang bermula hari ini sehingga Sabtu ini (15 Ogos) dikeluarkan Majistret Lee Kim Kiat, bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.
Ketua balai terbabit yang berpangkat Sub Inspektor dan dua anggotanya berusia antara 26 hingga 57 tahun ditahan SPRM kira-kira jam 6 petang semalam, di balai polis tempatnya bertugas di dalam daerah Melaka Tengah.
Difahamkan, penahanan mereka bagi membantu siasatan kerana disyaki meminta dan menerima rasuah bagi mengelakkan tindakan menyaman pemilik perniagaan kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) awal bulan ini.
Turut ditemui semasa serbuan wang tunai berjumlah RM6,000 di dalam pejabat seorang daripada mereka.
Sementara itu, Pengarah SPRM Melaka Awang Kok Ahmad Taufik Putra Awang Ismail mengesahkan tangkapan itu bagaimanapun enggan mengulas lanjut.
Views:
Related


Berita Lain
KAMPUNG FELDA TUN GHAFFAR AIR KANGKONG TERIMA ENAM PROJEK PEMBANGUNAN KOMUNITI
JASIN 15 Disember - Pemilihan Kampung Felda Tun Ghaffar Air Kangkong sebagai Kampung Angkat MADANI Tahun 2025 memfokuskan enam skop...
MPHTJ KELUAR LEBIH 3,000 KOMPAUN PELBAGAI KESALAHAN
BUKIT KATIL 15 Disember - Sebanyak 3,058 kompaun dikeluarkan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) bagi tempoh Januari hingga 5...
‘MUSEUM FUN WALK’ PUPUK AMALAN GAYA HIDUP SIHAT
BANDA HILIR 15 Disember – Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) menganjurkan 'Museum Fun Walk' khusus untuk kakitangannya bagi memupuk kesedaran terhadap...
PERMAINAN DAM AJI SEMAKIN POPULAR, DIMINATI RAMAI
AYER KEROH 15 Disember - Sejak permainan sukan rakyat ini diangkat, dam aji kini mencipta populariti luar biasa apabila bilangan...
DAM AJI MEDIUM PERPADUAN RAKYAT
AYER KEROH 15 Disember - Pertandingan Dam Aji Piala YAB Ketua Menteri Melaka 2025 bukan sekadar medan persaingan, sebaliknya turut...
MELAKA PENERAJU PELANCONGAN PINTAR
TELOK MAS 15 Disember - Melaka bakal menjadi peneraju pelancongan pintar menerusi pengenalan Smart AI Tourism Negeri Melaka. Exco Pelancongan,...
