
POLIS BURU LELAKI INDONESIA DISYAKI TERLIBAT KES BUNUH RAKAN SENEGARA
Ketua Polis Daerah Mukah DSP Muhamad Rizal Alias berkata suspek berusia 30-an yang dikenali sebagai Aci telah melarikan diri selepas kejadian berkenaan yang berlaku kira-kira pukul 6 petang.
Beliau berkata mangsa yang berusia 29 tahun ditetak menggunakan objek tajam menyebabkannya cedera parah di bahagian leher dan perut dalam pergaduhan dipercayai berpunca akibat perselisihan faham.
“Kita telah lancarkan Op Kesan dan Op Tutup bagi mengesan suspek di kawasan ladang di daerah ini dan daerah berdekatan di samping melakukan sekatan jalan raya,” katanya ketika dihubungi.
Beliau berkata operasi itu turut disertai Unit Anjing Pengesan K9 serta Pasukan Gerakan Am (PGA) dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Muhamad Rizal berkata beliau memohon orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan supaya menghubungi pegawai penyiasat ASP Jarraw Madong di talian 013-8335929 atau mana-mana balai polis berhampiran. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KES BUNUH WANITA DAN ANAK SAUDARA, POLIS RAKAM KETERANGAN LIMA SAKSI
KUALA LUMPUR 27 April - Lima saksi termasuk jiran serta ahli keluarga seorang wanita dan anak saudaranya yang ditemukan mati...
BERAYA DI DUYONG JADI TRADISI RAKYAT SETIAP TAHUN
DUYONG 27 April - Jamuan Raya Tak Rileks@DUYONGKita membuktikan bahawa penganjuran itu bukan sekadar majlis untuk bersama-sama meraikan Aidilfitri bukan,...
BUKTIKAN ANDA JUGA BOLEH BERJAYA – AB RAUF
TANJUNG BIDARA 27 April - Percaya kepada diri sendiri, bersemangat untuk terus belajar, menerima nasihat dan sentiasa berusaha memperbaiki diri...
MELAKA KOMITED MENCORAK PEMIMPIN MUDA BERWIBAWA
TANJUNG BIDARA 27 April - Melahirkan lebih ramai pemimpin muda berwibawa dan kaya dengan pelbagai idea segar yang mampu memberikan...
‘BUKAN RAYA BIASA’
DUYONG 27 April - Jamuan Raya Tak Rileks@DUYONGKita membuktikan bahawa suasana Hari Raya Aidilfitri bukan sekadar satu acara biasa, tetapi...
LALUAN SEHALA DI PEKAN DURIAN TUNGGAL
DURIAN TUNGGAL 27 April - Pekan Durian Tunggal akan menjadi laluan sehala dalam usaha mengatasi masalah kesesakan trafik yang sudah...