
POLIS BURU DUA LELAKI RAGUT SURI RUMAH
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Christopher Patit berkata pada kejadian 7.34 malam itu, suri rumah berusia 55 tahun berkenaan diragut dua lelaki menaiki motosikal semasa sedang menunggu anaknya keluar bekerja.
“Wanita itu mendakwa suspek telah berpatah balik ke arahnya sebelum seorang daripada mereka merentap rantai leher emas dianggarkan bernilai RM12,000.
“Mangsa cuba melawan namun gagal selain mendakwa sakit dada akibat kejadian itu. Wanita itu membuat laporan di Balai Polis Tiang Dua pada hari sama,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Christopher berkata kejadian turut dirakamkan kamera litar tertutup (CCTV) rumah mangsa yang menunjukkan suspek menunggang motosikal Kawasaki RR berwarna biru.
Beliau berkata polis tidak menolak kemungkinan suspek merupakan individu sama disyaki terbabit kes ragut di Taman Astakajaya Buloh Kasap, Segamat, Johor, Khamis lepas. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KES BUNUH WANITA DAN ANAK SAUDARA, POLIS RAKAM KETERANGAN LIMA SAKSI
KUALA LUMPUR 27 April - Lima saksi termasuk jiran serta ahli keluarga seorang wanita dan anak saudaranya yang ditemukan mati...
BERAYA DI DUYONG JADI TRADISI RAKYAT SETIAP TAHUN
DUYONG 27 April - Jamuan Raya Tak Rileks@DUYONGKita membuktikan bahawa penganjuran itu bukan sekadar majlis untuk bersama-sama meraikan Aidilfitri bukan,...
BUKTIKAN ANDA JUGA BOLEH BERJAYA – AB RAUF
TANJUNG BIDARA 27 April - Percaya kepada diri sendiri, bersemangat untuk terus belajar, menerima nasihat dan sentiasa berusaha memperbaiki diri...
MELAKA KOMITED MENCORAK PEMIMPIN MUDA BERWIBAWA
TANJUNG BIDARA 27 April - Melahirkan lebih ramai pemimpin muda berwibawa dan kaya dengan pelbagai idea segar yang mampu memberikan...
‘BUKAN RAYA BIASA’
DUYONG 27 April - Jamuan Raya Tak Rileks@DUYONGKita membuktikan bahawa suasana Hari Raya Aidilfitri bukan sekadar satu acara biasa, tetapi...
LALUAN SEHALA DI PEKAN DURIAN TUNGGAL
DURIAN TUNGGAL 27 April - Pekan Durian Tunggal akan menjadi laluan sehala dalam usaha mengatasi masalah kesesakan trafik yang sudah...