
Polis buru A. Mari Muthu
ALOR GAJAH 9 Dis – Polis Alor Gajah sedang mengesan seorang lelaki yang dikenal pasti sebagai A. Mari Muthu, 24 tahun.
Suspek dikehendaki bagi menyelesaikan kes samun seorang penoreh getah di sebuah kebun di Melekek, di sini pada 5 Dis lalu.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Supritendan Arshad Abu berkata suspek merupakan seorang penganggur dan mempunyai lapan rekod jenayah lampau melibatkan satu kes dadah dan tujuh kes jenayah berat.
“Pada 5 Dis lalu, jam 5.30 pagi, mangsa seorang wanita 47 tahun yang juga penoreh getah telah dipukul dengan tangan oleh seorang lelaki sebelum melarikan diri bersama barang berharga milik mangsa.
“Mangsa dilaporkan kerugian hampir RM1,600 apabila suspek melarikan sebuah telefon bimbit, dompet mengandungi dokumen diri, wang tunai RM50, sebentuk cincin emas dan sebuah motosikal jenis Honda Dash warna merah,” katanya.
Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali atau melihat suspek boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Kes Insp Mohamad Nadzir Abdol Rahman di talian 017-3214830 atau tampil ke balai berdekatan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
WAJAH BAHARU IKAN BAKAR PUNGGOR @ ALAI
TELOK MAS 16 April - Kompleks Ikan Bakar Muara Punggor Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas yang diberikan wajah baharu...
MHISB RAI KAKITANGAN DAN AHLI LEMBAGA PENGARAH PADA JAMUAN AIDILFITRI
AYER KEROH 16 April - Melaka Hari Ini Sdn Bhd (MHISB) meraikan kakitangan dan Ahli Lembaga Pengarahnya pada Majlis Sambutan...
MBMB TAWAR 4 INSENTIF SEMPENA ULANG TAHUN KE-22
KLEBANG 16 April - Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) menawarkan empat insentif khas kepada pelanggan bersempena Hari Pengisytiharan Melaka Sebagai...
POLIS MELAKA BURU SINDIKET CURI 4X4
AYER KEROH 16 April - Polis Melaka kini giat memburu sindiket curi kenderaan pacuan empat roda yang semakin aktif melakukan...
MELAKA TUAN RUMAH KEJOHANAN MEMANAH TRADISIONAL KEBANGSAAN
TANJUNG BIDARA 16 April - Melaka sekali lagi dipilih sebagai lokasi penganjuran acara bertaraf nasional menerusi penganjuran kejohanan memanah tradisional...
MELAKA ‘HIDUPKAN’ KEMBALI SUKAN POLO AIR
PAYA RUMPUT 16 April - Melaka yakin akan kembali melakar kegemilangan menerusi sukan polo air pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA)...