Sorting by

×

Polis bantu pantau operasi pasar Ramadan

Masa Membaca:1 Minit, 55 Saat

BUKIT PALAH 15 April. – Anggota polis akan digerakkan di kesemua 70 pasar dan bazar Ramadan di negeri ini bagi memantau aspek pematuhan SOP sepanjang Ramadan ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata, arahan itu berkuat-kuasa serta-merta untuk mengelakkan insiden bersesak-sesak di pasar Ramadan seperti yang berlaku di Taman Rambai Jaya berulang lagi.

“Buat masa ini pihak polis sedang menyusun dan secepat mungkin kita akan letakkan anggota polis di pasar-pasar Ramadan setiap daerah dalam negeri ini.

“Setakat semalam, selepas memantau pasar Ramadan sekitar Alor Gajah, saya berpuas hati dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan penganjur dan peniaga, namun dari segi pematuhan pengunjung masih lagi menimbulkan sedikit masalah apabila ada yang berebut-rebut ketika hendak membeli juadah,” katanya.

SULAIMAN dan isteri melihat keadaan seorang kanak-kanak yang dirawat di Wad Pediatrik, Hospital Melaka.

Beliau berkata demikian ketika ditemui bersama isterinya, Datin Seri Utama Munira M Yusop dalam Program Santuni Kasih Permata Hati sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-18 Bandaraya Melaka Bersejarah di Hospital Melaka, pagi ini.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar negeri Datuk Seri Abdul Ghafaar Atan, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Antidadah negeri Datuk Rahmad Mariman, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) Datuk Zainal Abu dan isteri, Datin Elyzah Alias serta Pengarah Hospital Melaka, Dr. Zaharimah Abdul Kadir.

SULAIMAN berkesempatan mendukung seorang bayi sambil diperhatikan Munira dalam Program Santuni Kasih Permata Hati sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-18 Bandaraya Melaka Bersejarah di Wad Pediatrik, Hospital Melaka.Dalam program itu Sulaiman telah mengadakan lawatan ke Wad Pediatrik, Hospital Melaka selain turut menyampaikan sumbangan kepada pesakit dan jururawat di wad berkenaan.

Beliau turut menegaskan, amaran keras membabitkan SOP di pasar dan bazar Ramadan yang diulang berkali-kali minggu ini bukanlah bertujuan untuk menganiaya golongan peniaga.

Sebaliknya, tindakan itu dilakukan disebabkan kasih sayangnya kepada golongan peniaga kecil yang banyak terkesan sejak pandemik COVID-19 melanda negara.

“Sebab itulah saya minta semua di pasar Ramadan agar mematuhi SOP jika tak mahu kita batalkan penganjuran pasar Ramadan.

“Kalau pasar Ramadan dibatalkan, kita sebagai pembeli juga rugi kerana tidak dapat membeli juadah berbuka.

“Tapi yang lebih kesian ialah peniaga. Jangan sampai peniaga tak boleh berniaga disebabkan kita,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

745
Kongsi :
Previous post Jangan ganggu kawasan ekskavasi Kota Syahbandar
Next post 5 peniaga pasar Ramadan Taman Rambai Jaya terima notis
Ubah saiz-+=