
Pokok tumbang hempap MPV imam
BUKIT BERUANG 6 Ogos – Imam Masjid Bukit Beruang, berdepan detik cemas apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Inova dipandu dihempap pokok tumbang di persimpangan lampu isyarat menghala ke Bukit Beruang, di sini, jam 7.50 pagi ini.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.01 pagi sebelum sebuah jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Keroh bergegas ke lokasi kejadian.
“Setibanya di lokasi pasukan bomba mendapati terdapat sebatang pokok tumbang diatas jalan raya dan turut menghempap dua buah kenderaan.
“Pemandu Toyota Inova berusia 47 tahun berjaya keluar dengan selamat manakala pemandu sebuah lagi kenderaan juga tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.
Ujarnya, pasukan bomba kemudian menjalankan operasi memotong batang dan dahan pokok serta membersihkan laluan berkenaan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
RINGANKAN BEBAN RAKYAT SEMPENA RAMADAN
PAYA RUMPUT 13 Mac - Seramai 120 warga Parlimen Tangga Batu kurang bernasib baik menerima sumbangan sempena Ramadan tahun ini....
KETUA MENTERI ‘TERJAH’ BAZAR RAMADAN TAMAN RAMBAI JAYA
PAYA RUMPUT 13 Mac - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, hari ini, membuat lawatan mengejut ke Bazar...
1,750KG BERAS TIADA LABEL GRED DAN HARGA DIRAMPAS DI SKUDAI
JOHOR BAHRU 13 Mac - Polis bersama pihak Kawal Selia Padi dan Beras Negeri Johor merampas 1,750 kilogram beras dalam...
‘NO RIGHT TURN’ SIMPANG TAMAN BOTANIKAL DALAM PERCUBAAN
AYER KEROH 13 - Inisiatif ‘No Right Turn’ (NRT) telah dilaksanakan di persimpangan Taman Botanikal, Ayer Keroh bagi tempoh percubaan...
‘SNOW WORLD’ BERTEMAKAN WARISAN SEJARAH DI MELAKA
AYER KEROH, 13 Mac - Mahu menikmati asam pedas, melawat lokasi bersejarah dan merasai suasana kampung antara daya penarik menggamit...
2,000 ORANG DIJANGKA MERIAHKAN MAJLIS IFTAR SANTAI BERSAMA KETUA MENTERI
AYER KEROH 12 Mac - Jumlah pengunjung ke Majlis Iftar Santai Bersama Ketua Menteri di perkarangan Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, Banda...