POKOK TUMBANG HEMPAP KERETA DAN MOTOSIKAL DI KAMUNTING, DUA PARAH
IPOH 18 September – Dua cedera parah apabila sebuah kereta dan motosikal dihempap pokok tumbang di Jalan Kamunting berhampiran Taman Glen View dekat Kamunting, hari ini.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kamunting bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan berkaitan kejadian itu pada 12.53 tengah hari tadi.
Beliau berkata pokok itu menghempap kereta Perodua Alza dan motosikal Yamaha Y15 yang melalui kawasan kejadian.
“Penunggang motosikal iaitu lelaki berusia dalam lingkungan 40-an dan dipercayai anak perempuannya (berusia anggaran 15 tahun) mengalami kecederaan parah dan tidak sedarkan diri ketika bomba tiba,” katanya dalam kenyataan.
Sabarodzi berkata dua daripada lima wanita yang menaiki Perodua Alza cedera ringan manakala tiga lagi tidak mengalami sebarang kecederaan. Kesemua mereka berumur 16 hingga 35 tahun.
Beliau memaklumkan kerja-kerja memotong dan mengalihkan pokok sedang dilakukan oleh anggota bomba dan kesemua mangsa yang cedera telah diberikan rawatan awal sebelum diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan untuk tindakan lanjut. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
ADVOKASI, KESEDARAN TANGANI BULI SIBER
PENGKALAN BATU 14 Januari - Kesedaran tentang buli siber harus dipupuk bermula di peringkat sekolah rendah kerana kanak-kanak di bawah...
JANGAN JADIKAN RUMAH ‘LUBUK’ SAMPAH
PANTAI KUNDOR 15 Januari - Pemilik premis kediaman di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Kundor diingatkan supaya sentiasa menjaga...
GURU, PELAJAR KURANG BERNASIB BAIK DISANTUNI KONVOI W.R.U.R
KUALA LINGGI 15 Januari - Seramai 30 warga pendidik dan pelajar kurang bernasib baik di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala...
BAJET 2025 MELAKA CAKNA PENUNTUT IPT
KUALA LINGGI 14 Januari - Rata-rata mahasiswa di negeri ini menyifatkan Bajet 2025 Negeri Melaka yang dibentang Ketua Menteri Datuk...
W.R.U.R AKHIRI PENANTIAN DUA DEKAD SK KAMPONG TENGAH
KUALA LINGGI 14 Januari - Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (W.R.UR) yang dicetuskan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf...
W.R.U.R MEDAN PERKASA USAHAWAN
KUALA LINGGI 14 Januari - Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (W.R.U.R) menjadi medan buat Kerajaan Negeri memperkasakan usahawan perusahaan mikro,...