Sorting by

×

Pokok tumbang: Adun Telok Mas salur bantuan segera

Masa Membaca:1 Minit, 6 Saat

TELOK MAS 18 September – Kejadian pokok tumbang yang berlaku di beberapa kawasan di Dewan Undangan Negeri Telok Mas segera mendapat perhatian wakil rakyat kawasan itu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Telok Mas Datuk Abdul Razak Abdul Rahman berkata, sebaik menerima aduan, pihaknya segera mengambil inisiatif menghubungi agensi berkaitan bagi kerja-kerja mengalih serta membersihkan kawasan terlibat.

Malah, beliau turut mengeluarkan perentukan sendiri untuk membayar kontraktor swasta bagi membolehkan kerja-kerja pengalihan sisa pokok dan pembersihan segera dijalankan.

“Saya terima banyak aduan daripada penduduk Telok Mas mengenai pokok tumbang yang menghempap rumah dan menghalang jalan raya.

“Saya turut bersimpati kepada 11 orang ahli keluarga yang datang bercuti dan menginap di rumah inap desa di Taman Seri Telok Mas.

“Atas inisiatif sendiri, saya terus menghubungi dan membayar sendiri beberapa kontraktor swasta untuk kerja-kerja segera mengalihkan dan membersihkan kawasan yang terjejas, sambil dibantu Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah, Tenaga Nasional Berhad (TNB) Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB),” katanya pada hantaran di Facebook rasminya.

Terdahulu, Melaka Hari Ini melaporkan penghuni empat rumah di Taman Seri Telok Mas berdepan detik cemas apabila pokok dianggarkan sebesar dua pemeluk tumbang susulan hujan lebat dan angin kencang yang berlaku sekitar jam 4 pagi tadi.

Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan susulan insiden itu.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2340
Kongsi :
Previous post Bayangan jelas PRU15 diadakan dalam tahun ini – Ahmad Maslan
Next post ECRL, projek berskala besar dijangka tidak berdepan kenaikan kos – Wee
Ubah saiz-+=