PN tidak pernah tunggu sesiapa – Mohd Rafiq

Masa Membaca:1 Minit, 49 Saat

AYER KEROH 29 Okt – Perikatan Nasional (PN) sentiasa bersedia dan tidak pernah menunggu keputusan mana-mana parti bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) negeri, 20 Nov depan.

Pengerusi PN Melaka, Datuk Wira Mohd Rafiq Naizamohideen berkata, gabungan itu akan terus memfokuskan kepada persiapan dan gerak kerja bagi mendapatkan keyakinan rakyat terhadap PN.

Katanya, sebarang keputusan yang dibuat UMNO berhubung jalinan kerjasama dengan PAS adalah hak parti itu sendiri.

“Itu keputusan UMNO, kita Bersatu terima apa sahaja keputusan UMNO dan kita kena buat persiapan atas nama PN Melaka, kita tidak pernah menunggu sesiapa.

“Kalau rakyat tengok, sejak Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan, kita parti komponen PN, antara PAS, Bersatu dan Gerakan telah buat persiapan kita.

“Kita konsisten akan bertanding atas PN seperti mana dimaklumkan presiden parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin, itulah keputusan parti komponen dalam PN untuk bertanding atas tiket PN,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan sumbangan perayaan Deepavali di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Tehel, di sini hari ini.

Mohd Rafiq (tengah) menyerahkan sumbangan perayaan Deepavali di PPR Tehel, di sini hari

Mohd Rafiq yang juga Ketua Badan Pimpinan Bersatu Melaka berkata, beliau yakin PAS akan terus bersama PN bagi menghadapi PRN yang dijadualkan pada 20 November ini.

Jelasnya, perkara itu dibuktikan menerusi komitmen parti komponen itu mengatur gerak jentera masing-masing bagi menghadapi pilihan raya berkenaan.

“Saya fikir kenyataan telah dibuat bahawa PAS adalah salah satu daripada komponen PN, tak timbul isu memujuk ataupun apa dan saya tengok komitmen PAS untuk bersama PN sentiasa berada pada tahap tertinggi termasuk dari segi jentera serta juga semua program yg telah kita gerakkan ke akar umbi.

“Insya-Allah ada sedikit sahaja lagi yang perlu diselesaikan dan kita akan umumkan sebelum penamaan calon nanti.

“Kalau mengikut kenyataan Tan Sri (Muhyiddin) itulah keputusannya selebihnya kena tanya Presiden Pas sendiri,” katanya.

Semalam, UMNO memutuskan untuk meneruskan persefahaman dengan parti PAS selaras dengan ketetapan Perhimpunan Agung UMNO 2020 iaitu memperkukuhkan Muafakat Nasional (MN) dalam menghadapi PRN Melaka.

Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan dilaporkan berkata, antara asas persefahaman dengan PAS berpandukan kepada prinsip PAS menggunakan lambang partinya sendiri.

 

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

561
Kongsi :
Previous post Dimensi baharu politik Melaka – Rauf
Next post ‘Saya akur keputusan bertanding PRN atau sebaliknya’ – Mas Ermieyati
Ubah saiz-+=