
PN nafi Rafiq calon KM
AYER KEROH 14 Nov – Perikatan Nasional (PN) menafikan Datuk Wira Mohd Rafiq Naizamohideen disahkan sebagai calon Ketua Menteri Melaka sekiranya gabungan itu memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
Ia selepas tular satu poster mengatakan Pengerusi PN Melaka itu akan dipilih sebagai calon Ketua Menteri.
Ibu Pejabat PN dalam satu kenyataan mengesahkan penularan poster itu sebagai berita palsu.
“Ibu Pejabat PN menafikan pengeluaran sebarang poster berkenaan calon Ketua Menteri Melaka daripada PN.
“Poster yang tersebar berkenaan adalah palsu,” kata kenyataan ringkas itu yang dimuat naik di Whatsapp Hebahan PN PRN Melaka.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PERKENAL MENARA TAMING SARI KEPADA DUNIA
BANDA HILIR 22 April - Pemilihan Melaka sebagai tuan rumah penganjuran Hari Pelancongan Sedunia 2025 (WTD 2025) dan Forum Pelancongan...
POLIS BURU LELAKI KES SAMUN RANTAI EMAS BERSENJATA PARANG
SHAH ALAM 22 April - Polis sedang menjejaki sekumpulan lelaki yang disyaki melakukan jenayah samun menggunakan parang di sebuah kedai...
‘PETTING ZOO’ KEMUDAHAN SUKAN LASAK BAKAL JADI TARIKAN BAHARU TETC
RIM 22 April - Kemudahan di Taman Extreme Tasik Chinchin (TETC) akan terus dinaik taraf bagi memastikan lokasi itu terus...
SUNGAI RAMBAI LOKASI PENGANJURAN FESTIVAL HELLO KOMODITI 2025
SUNGAI RAMBAI 22 April - Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai sekali lagi dipilih menjadi lokasi karnival peringkat kebangsaan menerusi...
KETUA POLIS BALAI DITAHAN POSITIF DADAH BAKAL BERDEPAN TINDAKAN TATATERTIB
KUALA LUMPUR 21 April - Seorang ketua polis balai yang ditahan kerana disyaki mengambil dadah ketika berada di sebuah pusat...
19 PELAJAR KOLEJ KOMUNITI KOTA MELAKA PAMER KEMAHIRAN DANDAN RAMBUT
BANDA HILIR 21 April - Seramai 19 pelajar Diploma Dandanan Rambut Kolej Komuniti Kota Melaka mempamerkan kemahiran dandanan rambut, solekan...