Sorting by

×

PN nafi beri tiket percuma aksi Melaka United-Sabah

Masa Membaca:38 Saat

AYER KEROH 16 Nov – Perikatan Nasional (PN) nafi menawarkan tiket percuma bagi perlawanan suku akhir kedua Piala Malaysia membabitkan Kelab Bola Sepak Melaka United (Melaka United FC) dan Sabah FC di Stadium Hang Jebat, pada lusa.

Ia susulan terdapat satu poster ditularkan dengan wajah Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin mengatakan orang ramai boleh menuntut tiket tersebut di setiap Penyelaras DUN PN.

Setiausaha Eksekutif PN, Saiful Adli Mohd Arshad mengesahkan poster tersebut adalah palsu.

“Ibu Pejabat PN menafikan ada mengeluarkan sebarang poster menawarkan tiket percuma bagi perlawanan suku akhir Kedua Piala Malaysia antara Melaka dengan Sabah.

“Poster yang tersebar menerusi media sosial itu adalah palsu,” katanya dalam satu kenyataan di Whatsapp Hebahan PN PRN Melaka, hari ini.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

837
Kongsi :
Previous post PRN Melaka: SPR umum 89.9 peratus tentera, polis selesai undi awal
Next post Isu perparitan punca banjir kilat perlu segera diselesaikan – Mahdzir
Ubah saiz-+=