
PN mahu tingkatkan potensi ekonomi Melaka
SHAH ALAM 14 Nov – Melaka mempunyai potensi cukup besar untuk dimaju dan dipacu ke tahap yang jauh lebih tinggi.
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata perkara itu menjadi antara keutamaan PN yang melibatkan sektor perkhidmatan, pembuatan, agro makanan dan pelancongan sekiranya diberi mandat dalam Pilihan Raya Negeri (PRN).
“Perikatan Nasional akan memastikan ekonomi Negeri Melaka dibangunkan supaya lebih utuh dan mampan.
“Ini termasuklah tumpuan kepada industri strategik dan berimpak tinggi serta fokus kepada pendigitalan dan pembangunan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS).
“Melalui pendekatan ini, lebih banyak peluang perniagaan dapat dijana dan tentunya para peniaga di Melaka dapat memperoleh pendapatan yang lebih tinggi, bahkan boleh meningkat berlipat kali ganda,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika pelancaran Ikrar Perikatan Nasional Untuk Melaka secara langsung di sini, hari ini.
Ujarnya, pulangan kepada negeri pula akan diterjemahkan melalui pembangunan pesat yang dapat dinikmati oleh setiap lapisan rakyat di negeri Melaka.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
LELAKI DIDAKWA BUNUH IBU DIARAH JALANI PEMERIKSAAN MENTAL
ALOR SETAR 9 Mac - Mahkamah Majistret di sini hari ini mengarahkan seorang lelaki yang dituduh membunuh ibunya baru-baru ini,...
PERHILITAN N.SEMBILAN SIASAT DAKWAAN DUA TAPIR BERKELIARAN DI TAMAN PERUMAHAN
SEREMBAN 9 Mac - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan sedang memantau dan menyiasat dakwaan kemunculan...
DULU DIANGGAP ‘GILA’, KINI WANITA CONTOH
DUYONG 9 Mac - Siapa sangka atau menduga insan yang dahulunya fakir, dianggap 'gila' kerana sering ‘melepak’ di kaki lima...
DAK NOR KINI WANITA KEBANGGAAN NEGERI MELAKA
DUYONG 9 Mac - Nor Komariah Mohd Khalid lourdes Lio, 41, atau lebih popular dengan panggilan Dak Nor kini boleh...
LORI SEDANG DITUNDA TERBALIK DI PENDANG, LORONG PLUS ARAH SELATAN TERHALANG
ALOR SETAR 9 Mac - Trak tunda yang sedang menunda sebuah lori sarat muatan tomato terlibat dalam kemalangan di Kilometer...
BAZAR IKONIK MUDAH DIAKSES, PENUHI CITARASA PENGUNJUNG
BANDA HILIR 9 Mac - Bazar Ikonik Banda Hilir kini menjadi salah satu platform penting bagi mempamerkan dan mempromosikan produk...