Sorting by

×

PN kaji faktor kekalahan

Masa Membaca:1 Minit, 1 Saat

BANDAR HILIR 20 Nov – Perikatan Nasional (PN) akan mengkaji secara mendalam faktor kekalahan parti itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Pengerusinya Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, jumlah peratusan keluar mengundi yang rendah, jentera parti serta beberapa masalah lain menjadi tumpuan kajian itu kelak.

“Kita akan membuat kajian yang amat mendalam kerana inilah pertama PN sebagai satu gabungan bekerja sebagai satu pasukan yang boleh dikatakan mantap.

“Tetapi apa pun dengan keputusan ini kita akan buat satu kajian sama ada (peratusan) keluar mengundi, jentera atau masalah-masalah lain (yang menjadi punca).

“Ini tentu akan memberikan kita banyak pengajaran,” katanya pada sidang media di Hotel Hatten, di sini, malam ini.

Meskipun hanya memenangi dua kerusi pada PRN ini, Muhyiddin bagaimanapun yakin PN mampu menjadi pencabar utama Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

“Kita sudah berhijrah jauh dan kita yakin bahawa prinsip dan asas pembentukan bukan sahaja Bersatu tetapi yang lain juga untuk menawarkan sesuatu dan mendokong kerajaan kearah yang lebih baik,” katanya.

Dalam pada itu, Muhyiddin turut mengucapkan tahniah di atas kemenangan BN pada PRN Melaka selain mengingatkan parti itu untuk mengotakan semua janji yang dibuat di dalam manifesto yang telah diumumkan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1056
Kongsi :
Previous post Keputusan rasmi: N15 Pengkalan Batu – BN menang
Next post Langkah pertama kestabilan politik bermula di Melaka – Zahid
Ubah saiz-+=