Sorting by

×

PN cipta rekod rampas kerusi Parlimen Jasin

Masa Membaca:53 Saat

JASIN 20 November – Calon Perikatan Nasional (PN) Zulkifli Ismail mencipta rekod apabila diumumkan secara rasmi memenangi kerusi P.139 Parlimen Jasin.

Keputusan itu diumumkan Pegawai Pengurus Parlimen Jasin Rahizi Ranom di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) di Dewan Platinum Politeknik Merlimau (PMM), di sini, malam tadi.

Zulkifli yang memperoleh 27,893 undi menang dengan majoriti 322 undi mendahului pesaing terdekatnya Calon Barisan Nasional (BN) Datuk Roslan Ahmad yang meraih undi 27,571.

Kemenangan itu menyaksikan BN gagal mempertahankan kerusi Parlimen Jasin disandang Datuk Seri Ahmad Hamzah.

Dalam pertembungan empat penjuru di kerusi berkenaan menyaksikan dua calon lain iaitu dari Pakatan Harapan (PH) Datuk Harun Mohamed meraih 21,674 undi dan calon Pejuang Datuk Mohd Daud Nasir dengan 460 undi.

Jasin 1 – ZULKIFLI bersama penyokongnya yang hadir di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi PRU15 Dewan Platinum PMM, malam ini.

Jasin 2 – ZULKIFLI semasa tiba di pusat penjumlahan rasmi undi.

Jasin 3 – KETUA PAS Kawasan Jasin, Datuk Kamaruddin Sidek menemani Zulkifli bagi memberikan sokongan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

6179
Kongsi :
Previous post Hentikan label ‘katak’ dan ‘pengkhianat’ – Mas Ermieyati
Next post Adly tewaskan Pak Wan di Alor Gajah
Ubah saiz-+=