Sorting by

×

PMPM kerjasama bantu bekalan tabung darah hospital

Masa Membaca:1 Minit, 25 Saat

PENGKALAN BATU 3 Januari – Pertubuhan Mesra Pengguna Malaysia (PMPM) mengambil pendekatan membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengadakan kempen menderma darah bagi membantu tabung darah hospital kerajaan.

Timbalan Presiden PMPM Azlin Othman berkata keperluan darah perlu mencukupi sepanjang masa bagi merawat pesakit memerlukan seperti mangsa kemalangan, ibu mengandung mengalami komplikasi pendarahan serta pesakit menjalani pembedahan dan lain-lain.

“Sebab itu PMPM mempunyai pendekatan tersendiri untuk membantu KKM khususnya tabung darah di hospital kerajaan dalam memastikan bekalan darah sentiasa mencukupi.

“Aktiviti dan kempen melibatkan kesihatan diharap boleh membantu meningkatkan kesedaran dan tanggungjawab sosial ramai ahli komuniti untuk menderma darah.

“Menderma darah ini banyak keistimewaan, kalau pernah derma darah dan ada buku merah, apa yang tercatit dalam buku merah serta faedah yang ada di situ sangat berguna kepada penderma darah,” katanya kepada Melaka Hari Ini (MHI), hari ini.

Azlin menggalakkan orang ramai untuk menderma darah setiap tiga bulan sekali bagi membantu menyelamatkan tiga nyawa dengan setiap beg darah yang didermakan.

“Saya minta orang ramai untuk terus membantu dan menderma sekali gus membantu menampung bekalan darah agar sentiasa berada pada paras mencukupi dan selamat.

“Beberapa negeri pada hujung tahun mengalami banjir besar, akibat bencana yang berlaku itu apabila masuk musim hujan saja bekalan darah jenis darah tertentu akan turut terjejas.

Akibat situasi ini sudah tentu tidak dapat memberi peluang kepada orang ramai serta penderma untuk keluar menjalankan tanggungjawab mereka menderma darah.

“Saya berharap kita semua dapat meraikan semangat menderma darah ini bersama-sama demi kepentingkan dan keselamatan orang ramai yang memerlukan”.

Terdahulu PMPM bersama Hospital Tuanku Ampuan Najihah Kuala Pilah, Hospital Melaka, AEON Melaka Ayer Keroh serta AEON Bandaraya Melaka telah menjalankan kempen derma darah bagi membantu pesakit memerlukan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1857
Kongsi :
Previous post MPJ komited berikan perkhidmatan terbaik, rancakkan pembangunan
Next post Abdul Rahman Mohamed dilantik Naib Canselor USM
Ubah saiz-+=