Sorting by

×

PMM peruntukkan RM17,300 bantu pelajar

Masa Membaca:58 Saat

MERLIMAU 25 April – Sejumlah RM17,300 diperuntukkan Politeknik Merlimau Melaka (PMM) bagi menyantuni pelajarnya yang kurang berkemampuan.

Pengarahnya, Norizam Sekak berkata, sumbangan itu disalurkan pihaknya menerusi Program Imarah Ramadan yang dianjurkan PMM bersama Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan (iLEAD) Kementerian Belia.

“Pada program ini seramai 173 kurang berkemampuan kita bantu dengan memberi sumbangan sebanyak RM100 bagi setiap orang.

“Kesemua pelajar ini dipilih mengikut kriteria ditetapkan dan dengan sumbangan ini diharap dapat membantu mereka untuk membuat persiapan hari raya,” katanya.

Menurutnya, sumbangan itu adalah hasil daripada Zakat Perniagaan Koperasi Politeknik Merlimau Melaka Berhad (KPMMB) berjumlah RM16,000 dan turut diperoleh daripada tabung kebajikan serta sumbangan perseorangan.

Sementara itu, Timbalan Pengarah (sokongan Akademik) PMM Mohd Hoirie Abdul Manah berkata, pada program sama juga seramai 270 pelajar PMM turut mengikuti program iLead2Youth yang diadakan oleh iLEAD.

“Program ini berbentuk sesi wacana bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau Dr Muhamad Akmal Saleh yang mana pelajar dapat perkongsian yang hebat daripada beliau.

“Kita harap program seperti ini dapat diteruskan lagi untuk masa hadapan kerana amat bermanfaat untuk pelajar secara tidak langsung dapat merapatkan ukhwah sesama insan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1151
Kongsi :
Previous post Dua Ahli Dewan Negara angkat sumpah Senator
Next post Perintah berkurung ESSZone dilanjutkan hingga 10 Mei – Polis
Ubah saiz-+=