
PMM latih pelajar tahfiz kendalikan makanan halal
MERLIMAU 3 Oktober – Seramai 30 pelajar tahfiz dipilih untuk mengikuti kursus penyediaan bakeri dan pengendalian makanan halal yang dikedalikan Politeknik Merlimau (PMM).
Pengarah PMM, Norizam Sekak berkata program itu bukan setakat melatih pelajar tahfiz berdikari sebaliknya menggunakan kemahiran dipelajari untuk bergelar usahawan bakeri.
“Menggunakan ilmu yang ada, mereka boleh mencipta pekerjaan sendiri dan tidak lagi terlalu berharap untuk makan gaji selepas tamat pengajian nanti.
“Kami komited membantu masyarakat terutama mereka yang bersungguh-sungguh mahukan ilmu kemahiran, selain mampu berdikari selepas menerima ilmu tersebut,” katanya selepas merasmikan Program Latih Usahawan Bakeri, di Jabatan Pelancongan & Hospitaliti (JPH) PMM, di sini, baru-baru ini.
Hadir sama Timbalan Pengarah (Akademik) Mohamad Kelana Juwit, Timbalan Pengarah (Sokongan Akademik) Mohd Hoirie Abdul Manah dan Ketua JPH Zaharizuan Azhar.
Sementara itu, Ketua Unit Latihan dan Pendidikan Lanjutan (ULPL) Suhana Sabran berkata, program itu turut mendapat kerjasama bahagian Kolaborasi Industri dan Komuniti (BKIK) Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
RAPATKAN JURANG DIGITAL PENDUDUK KAMPUNG
RIM 20 April - Pembinaan menara telekomunikasi baharu sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim akan merapatkan lagi jurang digital dan...
MPHTJ GEMPUR PENIAGA WARGA ASING
AYER KEROH 20 April - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya akan terus mempergiatkan operasi bagi membanteras peniaga warga asing yang...
LUAR BIASA MERIAH, LEBIH 50,000 BERAYA DENGAN KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Meriah dan luar biasa! Itu gambaran suasana Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka...
SITI NURHALIZA BAKAL ‘GEGAR’ RUMAH TERBUKA KETUA MENTERI MELAKA MALAM INI?
TANJUNG BIDARA 19 April - Penyanyi nombor satu negara, Dato' Sri Siti Nurhaliza dikatakan menjadi antara tetamu jemputan yang bakal...
KERAJAAN STABIL BAWA PULANGAN KEPADA RAKYAT
TANJUNG BIDARA 19 April - Kemeriahan suasana sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka di Villa d'Acqua Kampung Pulau,...
TPM HADIR RUMAH TERBUKA AIDILFITRI KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahir Hamidi hadir ke Majlis Rumah Terbuka...