Sorting by

×

PMM kongsi 59 inovasi bahan pengajaran dalam talian

Masa Membaca:1 Minit, 5 Saat

MERLIMAU 8 Sept. – Sebanyak 59 bahan pengajaran dalam talian dibentang dan dikongsikan sempena National Digital Learning Talk (nDLearnT’20) di Politeknik Merlimau (PMM), baru-baru ini.

Pengarah PMM Mohd Hatta Zainal berkata, ia merupakan hasil kerja semua warga PMM diketuai Jawatankuasa e-Pembelajaran PMM dalam memastikan penganjuran nDLearnT’20 berlangsung dengan jayanya.

“Semangat ‘esprit de corps’ ditunjukkan warga kerja PMM bukti warga PMM berusaha untuk merealisasikan kaedah PdP dengan cara norma baharu.

“Seramai 59 peserta ambil bahagian pada program ini melibatkan beberapa buah politeknik dan Sektor Pengajian Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM),” katanya pada penutup DLearnT’20 di PMM, baru-baru ini.

Sementara itu, Pengarah Program, Zid Abrar Akbar berkata, program itu merupakan platform para pensyarah di Institut Pengajian Tinggi (IPT) di mana setiap sesi pengajaran dan pembelajaran perlu dibuat secara dalam talian.

“PMM sedar beberapa kekangan dihadapi rakan pensyarah melaksanakan pengajaran dalam talian, justeru nDLearnT’20 memberi idea dalam inovasi pembelajaran secara digital.

“Pensyarah juga perlu kompeten dalam menggunakan aplikasi penyedia kandungan video digital seperti Youtube dan medium pembelajaran video yang lain,” katanya.

Pada program itu, Mohd Hatta turut menyampaikan hadiah kepada pemenang bagi Bengkel Penghasilan Bahan Pengajaran dan Pembelajaran Dalam Talian (PdPDT) Asynchronous melibatkan 72 pensyarah PMM.

Hadir sama, Timbalan Pengarah (Akademik) PMM Rosita Zainal dan Timbalan Pengarah (Sokongan Akademik) Mohd Hoirie Abdul Manah.

Views:

660
Kongsi :
Previous post NGO, persatuan India komited bantu masalah komuniti
Next post Beri peluang di sektor awam
Ubah saiz-+=