PMM himpun 93 peminat basikal BMX

Masa Membaca:1 Minit, 19 Saat

MERLIMAU 8 Julai – Politeknik Merlimau (PMM) menghimpunkan seramai 93 peminat basikal BMX dari seluruh Malaysia bagi mengetengahkan bakat mereka menerusi Program Retromania BMX ‘Wheel of Freedom’, di PMM baru-baru ini.

Ketua Jabatan Pelancongan & Hospitaliti, Zaharizuan Azhar berkata daripada jumlah itu ia melibatkan peserta dari Negeri Johor seramai 42 orang (55 basikal), Melaka 23 peserta (27 basikal), Negeri Sembilan lima peserta (7 basikal).

“Diikuti dari Selangor 13 peserta (16 basikal), Kuala Lumpur empat peserta (7 basikal), Perak melibatkan lima peserta (5 basikal) dan Pahang seorang peserta dengan memiliki dua buah basikal.

“Antara tujuan program ini diadakan untuk menghimpunkan kelab-kelab basikal BMX dan para peminat yang ada di sekitar Malaysia yang boleh mengetengahkan bakat serta aksi mereka.

ANTARA peserta yang menunjukkan aksi menggunakan basikal BMX.

“Mereka semua terlibat bagi aktiviti pertunjukan Freestyle BMX, pameran BMX, pertandingan BMX tercantik, cabutan bertuah dan bengkel kayuhan khas buat kanak-kanak sebagai pendedahan kepada mereka,” katanya kepada MHI.

Menurut Zaharizuan pada program itu sebanyak 120 basikal mengikuti acara kayuhan santai yang mana para peserta telah melakukan kayuhan sejauh 13 kilometer bermula di Dewan Platinum PMM seterusnya melalui Pekan Merlimau.

“Menerusi program ini juga kita dapat mengumpulkan Kelab BMX seperti Ungkal BMX Johor, Melaka BMX Generation, BMX Tangkak Clan, PMM BMX Legacy, Bukit Rambai BMX dan GhostTown BMX, Segamat,” katanya program itu anjuran pelajar semester dua Diploma Pengurusan Acara (DEV) dikenali sebagai Ev.Crew.

Turut hadir Pengarah Tourism Malaysia Wilayah Selatan, Muhammad Nasir Pahmi bersama Ketua Program DEV, Ismail Mohamad.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1698
Kongsi :
Previous post Ibu menggigil lihat rumah anak dijilat api
Next post Lelaki disyaki bunuh abang, kakak ipar direman seminggu
Ubah saiz-+=